Wednesday, July 31, 2013

Ini Tidak Mungkin! Mustahil!

31 Julai 2013.

27 Julai 2013 yang lepas ni dah genap 2 tahun arwah Mohamad Rohimi Abdul Rahim tercinta pergi meninggalkan kami. Diam tak diam kan? Rindu? Tak perlu di tanya lagi lah, itu sudah pasti. Semoga arwah tenang dan sentiasa dicucuri RahmatNya kat atas sana, InsyaAllah, Al-Fatihah.

Hah! Lama kan tak jenguk sini, lama sangat dah, setahun ada kot. Entah kenapa tah tiba tiba malam ni terasa tergerak hati ni nak update something kat sini. Cerita yang agak rumit ni sebenarnya susah kalau nak luah dekat orang sebarangan, setakat cerita cerita mulut ke mulut memang lah ada, tapi rasa luah tu tetap tak sampai. Cerita dia? Hmmmm, sangat rumit.

Perempuan yang berlagak seperti seorang lelaki? Khunsa? Tomboi? Pengkid? Ahhhhhhhhhhhhh, aku malu lah even type je pun dekat screen putih ni, eysshhh! *tutup muka sambil kaki hentak hentak lantai

Macam mana boleh aku tersuka pengkid ni? How come? Bodo kan? Tak sebenarnya, kalau dah namanya pengkid tu, what else did you expect? Memang rupa diorang serupa lelaki lah kan dari segi fizikal nya. Kacak, charming, bergaya, tapi yang penting dari luaran memang nampak lelaki nya tu. Haih kenapa spesis macam diorang ni boleh wujud. Aku mengaku memang banyak kali and senang pun aku ungkapkan something good towards them pengkid pengkid ni. Aku senang menilai rupa diorang tu handsome lah, kacak lah, charming, comel and all that. Banyak kali even since Diploma dekat Penang lagi, bersepah student pengkid yang aku minat. Minat tengok muka diorang yang comel jela, bukan minat apa pun. Tapi yang kali ni punya, haihhh. Susah nak explain or described using any words lah. Nak kata comel tak, tapi muka ganas, kiranya memang more to lelaki lah gaya muka and fizikal beliau ni phewhh! I would never mention her name in here. Errr HER? HIS? ahhhhhhhhhhhhhhh! Yaaa, ndo micheoso?! Chugule?! Pabo!

Takpelah, anggap jela kejadian jatuh hati dengan beliau ni sekadar persinggahan yang merepek ataupun angan angan yang memang patut musnah. Aku mengaku, yea memang aku suka!!! But no! I can't, not even anyone can do this kind of relationship in this world. Tapi kalau feeling feeling je tapi not end up with mariage thing can ah heee? Nooooooo!!! It's illegal, HARAM! Okay baik! *muhasabah diri

Jadi, saya pun telah mengambil keputusan untuk mengelakkan diri jauh dari beliau sebelum terlambat, sebelum terlebih feeling. Hahahahahahahaha! Bodo dungu bangang lah feeling kau ni Faaaa! Macam mana lah dalam ramai ramai lelaki dalam dunia ni kau boleh tersangkut, terjatuh hati pandang pertama dengan jenis yang macam ni? Aku pun pelik lahhai tengok kau ni haihhh. Tu lah, dari mata turun ke hati. Seingat aku, aku rasa memang first time nampak muka beliau tu aku tengok mata beliau lah, tu yang sampai macam ni hah! Haish, please lah Faa, this is nonsense okay, wake up! Walau pun dah takde satu lelaki pun lagi yang wujud dalam dunia ni, kaum yang sesama sejenis memang tak boleh bersama, tu yang pasti memang Allah dah tetapkan. Nabi tak mengaku umat Faa, sedar sikit pleaseeee. *muhasabah diri lagi sekali

At this moment, time gua tengah menaip ending cerita ni, lagu yang berkumandang from my playlist is, Because You Loved Me by Celine Dion. Hahahahahahaha! Tak lawak, bye!