Thursday, July 28, 2011

akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua.

27 julai 2011. tarikh Tuhan datang mengambil dan membawanya pulang keatas.

sehari sebelum tu, 26 julai 2011, 10.30 malam. waktu bas aku dari penang bergerak ke batu pahat. memang sebelum tu, aku buat keputusan untuk tidak pulang ke batu pahat, di atas sebab sebab yang aku rasa aku memang tak dapat nak balik, hanya doa yang mampu aku utus dari jauh. tapi bila dah berderet deret message yang masuk bagitawu yang dia makin lemah, nadi dia lemah, tiada sebarang improvement. dia hanya mampu menitiskan airmata apabila mendengar bisikan daripada teman teman, ahli keluarga dan ibunya tercinta. aku dah tak mampu nak tahan lagi, dah tak dapat aku nak tahan perasaan nak balik jumpa dia. dengan tak fikirkan apa apa, aku terus bergerak ke jeti, beli tiket bas dan 10.30, aku bergerak pulang, bersama dengan doa doa kepada Allah supaya dia sedar.

sepanjang perjalanan pulang dalam bas. aku tak dapat tidur nyenyak. setiap kali phone ringing, aku jadi takut nak tengok apa yang diorang nak sampaikan. aku takut, aku sumpah takut sangat. dan setiap kali aku tidur, aku celik, mesti aku nampak kubur, aku tidur lagi, aku celik, aku lalu sebelah kubur lagi. Ya Allah, itu ke petanda yang kau beri pada ku? Ya Allah.

8.00 pagi 27 julai 2011, aku sampai batu pahat. sampai je rumah, aku betenang, terlelap mata seminit dua. aku bedoa banyak banyak sementara tunggu ena sampai nak amik aku pegi hospital nak tengok orang yang aku sangat sayang sedang terlantar koma. lebih kurang dekat pukul sebelas. ena da sampai, aku dah siap. kitorang baru je nak langkah kaki keluar pintu rumah aku. lela, dia call. mulanya aku menggeletar nak angkat sebab aku memang takut nak angkat. tapi aku kuatkan hati, aku angkat jugak call tu. lela tenang, dia tanya aku kat mana? aku marah dia kenapa call aku, dia buat aku takut. dengan tersekat sekat lela menjawab, PA, ALONG DAH TAKDE PA, ALONG DAH MENINGGAL, DIA DAH TAKDE PA.

Ya Allah, Ya Tuhan. Kau saja yang tahu perasaan aku masa tu. seperti seluruh tubuh badanku dah hilang rasa. takde sepatah apa pun yang keluar dari mulut aku. aku tarik nafas sedalamnya dan aku ucapkan, INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN. Ya Allah, kenapa begitu cepat Kau ambil dia pulang sebelum aku sempat berjumpa dengan dia, sebelum aku sempat nak berbisik kat telinga dia, sebelum aku sempat nak usap tangan dia, cium dahi dia. Ya Allah, jika ini yang telah Kau takdirkan, aku redha. aku redha dengan ketentuanMu Tuhan. sesungguhnya Kau lah pemilik seluruh alam semesta ini. dan telah Kau pinjamkan kepada kami segalanya dan perlu juga kami pulangkannya kembali kepadaMu Ya Allah. kami semua juga akan turut pulang kepadaMu, cuma waktu saja yang membezakan. aku redha Ya Allah, aku Redha.

aku bergegas terus ke hospital, terus ke bilik mayat. aku lihat sekujur tubuh diselimuti kain terbaring atas katil besi. Ya Allah. aku tak mampu nak hadapi semua ni, terjatuh aku kelantai, berjujuran airmata dah tak dapat aku nak kawal. tapi aku tetap beristighfar. aku cuba tenang. aku teman dia kat sana, duduk aku disamping dia, aku bacakan surah yassin buatnya. menitis nitis airmata yang jatuh. aku tak dapat nak tahan. aku belum kuat nak tatap wajah dia lagi waktu tu. sampai lah jenazah selesai dimandikan dan dibawa pulang kerumah. ikatan dibuka untuk diberi peluang bagi sesiapa yang mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. saat itu aku rasa seperti jantung aku nak gugur. aku tak mampu nak buat apa apa selain mengalirkan airmata dan berselawat tidak henti henti. aku duduk menghadapnya, diatas kepalanya sambil aku berkata dalam hati, yang aku sangat sayangkan dia. moga moga dia mendengar apa yang aku katakan kepadanya itu. yea, saya sangat sayangkan awak.

jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan. aku ikut arwah dari belakang. aku taknak jauh dari dia sikit pun sebelum dia hilang dari pandangan aku buat selamanya. selawat, istighfar dan doa tak putus putus aku ucapkan. sehinggalah selesai pengebumiannya, MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM. dapat aku tabur bunga di atas pusaramu, surah yassin aku hadiahkan buatmu, Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu Kau lebih sayangkan dia. sebab itu lah Kau panggil dia pulang lebih awal dari kami yang lain. aku redha Ya Allah, aku redha.

aku tunggu sampai masa jodoh kami datang, aku tunggu dengan sabar walaupun aku pernah berniat nak lupakan dia. tapi demi Tuhan, aku tak mampu, aku tak mampu nak lupakan dia. aku terlampau sayangkan dia. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosanya semasa hidupnya, Kau cucurilah rahmat keatas rohnya dan Kau tempatkan lah dia di dalam kalangan orang orang yang beriman dan terpilih. Amin.

awak, awak ampunkan lah segala kesalahan yang pernah saya buat pada awak selama hubungan kita bersama dan sampai lah kenafas terakhir awak. awak halalkan lah makan minum, duit yang awak dah bagi kat saya selama ni. begitu jugak dengan saya, saya dah lama maafkan jika awak ada tersalah dengan saya, makan minum atau duit yang saya beri, semuanya memang dah saya halalkan sejak dari dulu. awak sendiri tahu, awak bukan orang lain pada saya, awak orang yang sangat penting dalam hidup saya. awak orang yang saya sangat sayang, awak cinta pertama saya. sayang saya pada awak tak kan pernah hilang sampai bila bila. saya akan tunaikan permintaan terakhir awak untuk lihat saya berjaya dalam hidup. awak perhatikanlah saya dari atas. jika bukan disinilah jodoh kita, saya berdoa, supaya kita akan bertemu jodoh di atas sana nanti. jodoh yang suci dan kekal abadi. Amin.


MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM.
semoga awak tenang, aman dan tenteram disana.
saya sayang awak sampai bila bila. sayang seperti udara   :')
kita jumpa disana kelak, InsyaAllah. Amin.
Al-Fatihah.

Monday, July 25, 2011

waiting for a miracle.

menggeletar seluruh tubuh aku sejurusnya aku dapat berita paling buruk yang pernah aku dapat. message dari Lela, dari Sincan. PIPA, ALONG ACCIDENT, TERUK. 50-50.
berjurai airmata, jantung berdegup kencang, lemah seluruh badan, Tuhan saja yang tawu masa tu. aku terus call mak, ayah. bagitahu aku nak balik, aku nak balik jugak. aku nak tengok along. tapi mak ayah kata kalaw boleh tak perlu balik, banyakkan berdoa saja dari jauh. yea, aku tawu, aku baru je balik semalam. and aku tahu esok, lusa and the day after tomorrow aku ada test. tapi apa yang aku fikir, along lebih penting dari semua tu buat masa ni. aku dah tak tahu apa lagi yang perlu aku buat selain daripada bersabar, berdoa dan baca surah Yassin. sesungguhnya aku masih sangat sayangkan insan yang bernama MUHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM itu. aku rindu dia setiap saat. aku tak sanggup bila dapat tawu dia macam ni. Ya Allah, dah banyak sangat dugaan kaw berikan pada dia. betapa susahnya di jalani hidup dia, aku tahu semua. tapi dia kuat, yea, dia seorang yang sangat kuat menghadapi segala masalah yang mendatang. Ya Allah, aku bermohon padaMu, Kau selamatkanlah along Ya Allah, Kau berikanlah dia peluang untuk dia teruskan hidup dia dengan lebih sempurna. janganlah Kau ambil dia daripada keluarganya dan orang orang lain yang sangat sayangkan dia. aku mohon padaMu Ya Allah. selamatkanlah dia. aku mohonnn. Kau ciptakanlah keajaiban untuk dia. Amin YaRabbal Alamin.


awak, saya rindu, teringin sangat nak tengok awak happy senyum macam ni lagi. saya rindukan awak, rindukan semua ni. awak bangunlaa, awak jangan tidur lama sangat, tak elok. saya tawu awak kuat. awak kuat sangat. awak bangun okay   :')
Ya Allah, Kau kembalikan lah senyuman ini kepadanya. Amin. 

Saturday, July 23, 2011

back to the reality :)

yeahh bobo.
finally, done with kenduri semalam and tadi. kenduri marathon sungguh   =="
banyak beristighfar aku harini bo. yeala, mana tak nyaa. pressured kena siapkan assignment by today jugak sebab naik cuti ni terus nak submit. mana dengan masalah hati yang berduka lagi ni, aisshhhh. dah tu pulak, tak cukup lagi. ya ampunnn, Tuhan je yang tawu macam mana hati aku dupdapdupdap masa tu. petang tadi laah, before kenduri malam, kami kami cousin ni, dok merayau lagi kesana kemari, tu jelaah keje. jalan punya jalan. mata aku terpandang tepat kat sorang manusia yang memang aku macam kenal. yea, sumpah aku kenal dia, dan aku rindu dia, no doubt. Along! by the time aku nampak dia, aku rasa nak menangis pun ada. tak sangka dapat tengok dia lagi, even dari jauh and sekali lalu je. hey, saya rindu awak tahu! rasa macam nak berenti je tadi and pegi kat awak, and cakap. saya rindu awak   :')
tapi syukurlaah, dapat nampak muka awak punn saya dah rasa macam senang hati sikit before saya balik penang. awak take care tahu, kerja tu rajin rajin. and selamat berpuasa lagi seminggu ni   :)
okay, tutup cerita pasal along. (akan bersambung pada episode yang kelima nanti nanti okay bo)

next, is all about him   :)
haihh, baru laah aku rasa, yang aku ni sayang kat dia rupanya. kalaw tak, tak kan laa aku rinduu dia sampai macam ni sekali. sehari selepas kejadian, aku still tak ubah apa apa lagi pun dekat fon aku, laptop aku. still wallpaper muka dia, I Love Him tertulis as contact name. tak ubah apa lagi punn. sayang   :')
tapi sekarang, semua aku dah ubah. sampai bila taknak ubah, angau balik aku jadinyaa nanti.
tu laa kaw fa, dulu kaw kata kaw tak sayang, tapi bila dah jadi macam ni, baru laah kaw sedar yang kaw sebenanya sayang kaann. hahh, padann!
maybe memang belom sampai lagi jodoh kaw dengan dia ataupun dia. yea, dua lelaki yang pernah ada dalam hidup kaw ni, yang sangat berbeza tapi satu je yang sama. kaw sayang dua dua budak ni. haihhh   =="
wahai dua dua A gua ni. silalahh jaga diri kalian yea. sesungguhnya gua sangat merindui dan menyayangi kalian berdua. aicehhh. parah dah kaw ni fa. satu je patut, mana boleh dua dua gilaaa!

whatever it is, jumpa raya nanti saja okay. esok gua dah balik penang dah bo. bakal menjadi student yang paling busy dalam daerah   =="
ni dah pepagi buta dah ni aihh, bukannya reti budak ni nak memacking baju dia ni. sebab kali ni, aku rasa berat sangat nak tinggalkan bp, tak tawu kenapa, tapi sumpahh rasa lain sangat, tak macam biasa.
maybe sebab, baru lepas meninggalkan dan ditinggalkan kott. rasa rindu masih segar   :')

see yaa bo. lepas ni maybe lama tak jumpa kaw. selamat berpuasa   :)

Friday, July 22, 2011

one month and thirty days :')

yess bo!
selang beberapa jam lepas aku update blog before ni. aku dan dia akhirnya, terlerai jugak. sebulan tiga puluh hari, yes. lagi sehari je nak masuk dua bulan. haihhh.
aku tarik nafas selega leganya waktu aku dapat message dari dia. bersyukur sangat aku bila dia boleh jujur dengan aku. aku ingat aku sorang je yang still belom boleh lupakan cerita lama, tapi rupanya dia pun belom boleh lupakan cerita lama dia. haihh, kita sama je, tade beza. dah kena guna guna dengan ex kita tu wak   :p
tapi saya lega, awak nampak jugak yang kita ni tak serasi. mula mula dulu memang lah kita okay, berbunga bunga and awak sweet sangat. i loved when you kiss my forehead, sebak je rasa macam nak menitis airmata   :')   (yea, gua sedang menangis)
tapi lepas ni dah takde dah tu semua. perempuan lain pulak yang dapat sweet forehead kisses dari awak tu.
even awak ni kadang kadang menyakitkan hati tapi saya dah tersayang awak. but then saya tak boleh nak simpan awak lama lama kalaw kita memang dah tak serasi. mungkin kita masing masing amik keputusan terburu buru sangat nak couple dulu kan. patutnya kita kenal betul betul dulu even kita dah kenal dua tahun lepas. saya rasa memang ni yang terbaik buat kita. sorry sebab saya tak sempat nak bagi apa apa yang special untuk awak ingat dalam masa kita masih lagi couple padahal saya dah ada plan nak buat apa untuk awak, tapi apa daya. tak kesampaian   :')
hey, saya sentiasa doakan supaya awak akan dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. yeala, saya ni boring kotttt, kannn   :p
and hey, kalaw ada jodoh, kita jumpa lah lagi yea. saya sayang awak   :')


haihh, mula mula aku rasa lega bila kita dah berkawan balik. tapi tak sampai berapa minit, aku dah rindu kaw duhh. like seriously, i do miss youu muhammad alif farhan. goodbye, see you   :')
(yea, saya masih lagi menangis) teruskan menangis, bye.

i can't be with you i guess.

finally, aku termenangis jugak sebab kaw.before ni aku tak penah sangka yang aku akan menangis sebab lelaki lain selain daripada along. but at last, aku terkandas jugak. dekat mulut harini cakap lain. tapi yang jadik esok lusa siapa pun tak tahu. aku dah fikir semasak masaknya. kita tak boleh bersama, yess. tak boleh. awal awal dulu, saya masih boleh ikut cara awak, tapi makin hari makin saya tak boleh nak kejar awak, tak boleh nak ikut cara awak. saya sunyi   :'(   orang lain sentiasa ungkapkan 'untonglaaahh' kat saya. tapi dalam hati saya, tade sape pun yang tawu. hey, let's two of us just be friends   :')   saya rasa ini yang terbaik untuk kita.
lagi pulak, saya rasa saya tak cukup layak untuk awak. awak pandai, awak datang dari kalanagan orang yang ber-ada, dan awak ada rupa. sedangkan saya, banyak kekurangannya. kita berbeza. awak tak rasa ke yang kita ni takde keserasian? saya rasa tu.
tinggal masa je yang tentukan semua ni, saya dah bersedia nak tempuh semuanya. sebelum saya jadi bertambah sayang dekat awak, lebih baik saya sedar. walaupun sememangnya saya dah sayangkan awak sangat. tapi buat apa kalaw saya je yang sayang sedangkan awak? saya sendiri pun tak pasti pasal tu.
saya menghitung hari nak terus terang pada awak pasal semua ni. antara dua, sama ada dalam pada masa saya menghitung hari ni awak berubah ataupun masih tetap sama. itu saja yang saya tunggu.
kalaw masih jugak takde perubahan dalam relationship ni, kita berkawan saja okay?   :')
tapi saya teringin, before kita berkawan semula, nak bagi something special untuk awak. at least ada lahh kenangan yang saya bagi kat awak sementara kita masih lagi bergelar 'couple'
awak tunggu jelahh yea masanya.

sacrifice is must to be done if you love someone.
iloveyouumuhammadaliffarhan   :')

Thursday, July 21, 2011

apa masalah aku agaknyaa lah kan bo?mixed emotion tak habis habis. tadi gua usha usha balik Myspace bodo bodo zaman kanak kanak dulu. tengok gambar, comment comment jadahh. bapakklaahh kelakarr. hahahhh.usha sekali dia punya myspace. kat situ jugak laah first time nyaa kitorang kenal. you think it's lame? haha, agakk laah.tiba tiba aku rasa down gilaa bila baca last status dia even status tu di update on last year.rasa macam aku dah fikir semasak masaknyaa lah pasal hubungan ni. tapi aku dah tersayang. sekali aku dah sayang orang, sampai bila bila pun aku akan sayang orang tu. aku tak tahu aku tahu aku tak tahu. kalaw nak dibandingkan dia dengan dia yang lagi sorang tu. jauuuuuuuh sangat bezanya hahh. sejahat jahat mana cinta lama aku tu, dia tetap tak pernah abaikan aku. dia sentiasa ada untuk aku   :'/i need someone who really care about me, protect me all the time. and always be with me, even not all the time. but just pleasee do care about me. not to ignored me like i never have a boyfriend. tak kesiaan? you said that you love me. but you never prove it. cuma jaminan yang kaw bagi. aku pun boleh camtu.bila time jumpa je aku rasa yang aku ni ada boyfriend. bila dah balik, aku rasa macam aku single gilaa baaabi punyaa. fon aku tah kemana mana lagi tah. yealaa, tak beringing pun dari kaw. aku tak kesah laa kalaw pasal tak suka text ke apa. aku faham laah, dah besar kaan. all i wanted is just a message or call from you, tell me that you do well with your day. itu sahaja, dah cukup. aku tak mintak banyak. sedihh gampang gua camni duhh. aku tawu aku tak boleh nak ubah kaw, tak boleh nak paksa kalaw bab bab camni. tapi aku harap kaw sendiri berubah. itupun kalaw kaw betul betul sayangkan aku. dulu aku tak kisah, tapi sekarang kenapa ehh aku gelabah tak tentu pasal? sebabnya aku dah mula sayangkan kaw. yes, i have fall for you.
*take a deep breath anddd huhhhhhh. relieved. lama aku pendam benda ni. lega rasa bila dapat luahkan. lepas ni hanya mampu berdoa saja. ya Tuhan, kaw tunjukkan lah segala galanya untuk aku. Amin.




just cry efa. let your tears burn the sorrow.



mohamad rohimi bin abdul rahim episod empat :')

whatsup bo!
episod empat dah nampaknya, waahh. nak habis dah ni   :p
haahhh, esok paginyaa aku pegi sekolah dengan lemah longlai. niat nak setelkan semua. nak ramas ramas pompuan tu. ohh lupa, haa. pompuan tu budak form 3 kat sekolah time tu. nak PMR pun berangan lagi dok meghoyan dengan pakwe orang. haihh, panas betol gua dengan lu dek. badan kecik, cakap belakang berani, depan depan bisu kaw. along pun sama, menggatal. hamik kaw kena tampar dengan aku 3 kali depan bebudak kelas kami. kejam sungguh gua ann. ahh mampus, dah tak fikir apa dah masa tu. yang aku tawu nak putus. along pulak taknak. aku nak jugak. dia taknak jugak. aku geram aku campak fon kaw depan sekolah. padann!
fine, taknak putus. kaw jangan kawan dengan pompuan tu lagi. tapi selang bapa hari kaw buat lagi, kaw still contact dia. aku dah tak mampu nak buat apa dah. aku anggap, kaw dah tak sayang aku lagi, kaw mesti sayang dia kan. sebab if kaw sayang aku, kaw tak kann sayang dekat orang lain dahh.
sebulan aku tak makan sebab kaw duhh along. orang buka puasa, aku terus puasa sampai malam then sampai ke esoknya. hebat!
kaw cuba pujuk aku. sorry aku belom boleh terima. kaw datang rumah bawak benda benda yang aku suka. chocolate sepapan besar punya, susu dutch lady botol paling besar dengan sehelai T-shirt belang belang hitam putih. aku ingat sangat semua tu   :)   tapi still jugak aku tak angkat call kaw, tak reply message kaw yang merayu rayu tu. untuk apa kaw merayu kalaw kaw tak boleh nak ikut apa yang aku suruh buat. tapi kaw ni degil, sebuk carik aku lagi. last last sampai aku cair jugak. baaabikkkk!
dua malam before raya. ehsan datang rumah. cerita semuanya kat aku pasal kaw dari A sampai Z. fikir dua tiga kali aku terima kaw balik haritu. macam macam hal lahh kaw long. penat aku kaw tahu tak tu?
aku cari mana janji janji yang kaw bagi kat aku dulu. tapi kalaw dah namanya lelaki, memang macam tu kann Bo?


mohamad rohimi bin abdul rahim episod tiga :')

form 5. SPM.
sekukuh kukuhnya tiang rumah sekalipun, kalaw dah dihempas ombak tsunami. runtuh runtuh.
macam tu jugak hubungan aku dengan along. katanya sayangkan aku macam angin (udara) sebab angin sentiasa ada dalam hidup, tak kan hilang sampai bila bila. ayat tu paling aku ingat sampai sekarang. katanya mati saja yang dapat memisahkan. katanya hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya dia kat aku. baikk. mari kita lihat.
bulan ramadhan tahun 2008. kaw dah mula naik hantu, kaw dah mula buat hal.
time tu nak trial SPM kott, agak agak lah weyh. memang laah aku nak study, focus apa semua. bukannya aku lari dari kaw pun kann. bulan puasa pulak tu, memang laah kena elak maksiat, cuma tak nak kaw hantar aku balik rumah naik motor lepas sekolah je kan. tak keluar dating pun cuma sebulan bukan setahun pun. tu pun tak boleh nak sabar?
aku setia kaw setia. aku percaya kaw kaw percaya aku.
tapi bila aku dah terlampau percaya, kaw amik kesempatan pulak dahh.
aku ingat lagi. malam tu aku ada latihan zapin kat rumah aini. show untuk time raya lagi bapa minggu. macam biasa balik tu kaw amik aku then antar balik rumah. dah lama aku tak tengok fon kaw kan. tiba tiba dalam perjalanan balik malam tu aku tergerak nak check fon kaw. terseluk seluk tangan aku kat pocket jeans kaw tu.
damn! kaw sumpaahh jahat. kaw text sayang sayang dengan perempuan lain. dah tu kalaw yea pun tak payah laa nama perempuan tu nak sama pulak kan dengan nama aku haa HAFIFAH. nasib aku tade H depan belakang tu. faaxxx!
kenapa duh kaw long? jantung aku time tu jugak rasa macam meletop kaw tahu! peritnyaa yaa Tuhan. Dia saja yang tahu. bila aku tanya apa benda sume tu, diam pulak kaw tak berkata kata ehh. malam tu aku bawak balik terus fon kaw. haahhh, selongkar habis aku fon kaw tu. geraaammmmmm!
aku tengah marah, nanti nanti sambung balik. k dah bye!

mohamad rohimi bin abdul rahim episod dua :')

dah setahun. means, dah form 5 laah kan?
yup, cinta zaman zaman sekolah memang seronok, tak sunyi, happy sentiasa. boleh belagak dengan orang lain, hey, aku ada boyfriend, kaw ada? hahahh. lagi lagi boyfriend yang sangat dikenali pulak kan. memang tak laah kalaw gua nak bagi lepas along time tu. dah sayang gilaa dah ni. apa aku nak semua dia bagi padahal segan nak mintak tapi kena paksa suruh mintak jugak apa apa. deyy ini budakk.   =="   hidup aku dia tanggung pulak kan. kadang kadang time rehat kat sekolah tetiba bagi aku duit makan padahal tak mintak pun. balik sekolah memang kewajipan dia mengantar aku balik rumah, kalaw dia ada kelas, aku tunggu dia. kalaw aku ada kelas, dia tunggu aku, tak pun dia balik dulu pastu baru datang balik amik aku bila kelas aku dah habis. topup segala bagai jangan cakap lah, memang dia je yang topupkan aku. balik sekolah text balik sekolah text. tak bosan agaknya korang ni dah hari hari jumpa kat sekolah, balik sekolah berantar kerumah bagai. pun tak cukup lagi? aishh. dia bukanlah dari kalangan orang yang senang, tapi dia rajin mencari kesenangan. even aku tak galakkan tapi dia tetap kerja masa sekolah. carwash. kerja paling popular dalam kalangan budak budak sekolah time tu. masuk kerja petang sampai malam, esok pagi pegi sekolah. macam tu jelaa dia hari hari. anak lelaki katanya, sulong pulak. ada awek segan nak mintak mintak mak abah kalaw nak beli apa apa, nak dating, minyak motor lagi. humm, bagus budak along ni   :p
one more thing, dia suka belikan aku rantai. selama dengan dia, dah tiga empat rantai dia belikan aku. tak kesah laah murah ke mahal. for me what's important is the sentimental value.
yea, saya suka dengan kejujuran dan keikhlasan awak mohamad rohimi.
thanxx for everything. yess, everything   :') 

Wednesday, July 20, 2011

mohamad rohimi bin abdul rahim :')

along.
seorang yang penyayang, caring, pemurah, and he's very protective towards me and his family and sometimes towards my siblings. dan yang paling gua suka, he's non smoking.
yea bo, kali ni memang aku nak bercerita sakan pasal dia ni je.
itu baru yang positive, yang negativenya dia ni, panas baran terlampau lampau. cemburu membabi buta even dengan male cousin and uncle aku sendiri. tapi tu lah yang membuktikan betapa sayangnyaa dia dekat aku.
bermulanya kami pada 7 januari 2007. waktu kitorang form 4. tak sebelah belah kelas laah pulak, jeless kann? hahahh.
setahun sebelom 7 januari 2007 ni memang gua dah usha dia baekk dari jauh dik. setahun taw, haahh, kaw mampuu? cerita punya cerita, dia pulak kata yang dia pun dah usha gua baekk punya since 2005. bapaakklaahh kaw lagi awal, halahhmakk kecohh.
jadi apa tunggu lagi? bercinta lahh kami pada saat itu.
pada mulanya, memang lahh pelik, janggal. yeala baru lagi kann. memang yang ada jantung bergoncang goncang je when the first time he hold my hand. he was hold me tihgtly, it was warm and i feel safe. yess, i can feel that.
setiap kali dia ada dengan aku, sebelah aku, aku rasa paling selamat. dia jaga aku baik. tapi permulaan ni terhenti sekejap in a few month later.
dia kantoi scandal dengan kawan sekelas, sekampung aku sendiri. hampir hampir putus. hahahh, korang pernah rasa? sakit bodoe, paling sakit sebab aku tak mampu nak buat apa apa. aku memang kalah, lemah kalaw bab bab kawan ni. even aku dah tawu, but i just pretend like i never know bout them.
hubungan ni belumlahh setahun time tu and of course lahh belom perfect mana kann.
dalam belom setahun tu dia memang lame, lame gampang punya. tak sweet sangat, tak romantik sangat. biasaalaah tu normal baru lagi kan. sampai lahh satu hari aku dah xboleh handle lagi ke-lame-an dia tu. aku terus terang, aku luah semuanyaa kat dia. naahh, hamik kaw.
meleleh leleh air mata kaw, takut sangat aku nak tinggalkan kaw. aku nak betulkan keadaan jelaah pun. daannn, hasilnyaa. dia berubah. berubah serta merta sangat.
aku laah perempuan paling beruntong, paling bahagia dalam dunia lepas dia dah berubah tu.
syukurlaah even benda ni semua cuma sementara saja :)
dah, aku penat. nanti nanti sambung balik. bye.

a confused gal.

hey bo.
my life has gone. apa laah weyh? confused dengan apa yang aku ada sekarang. kenapa? kenapa terima kalaw xbetul betul sayang? semata mata sebab nak lupakan perkara yang lepas? kenapa teruskan kalaw dah tawu semua ni macam dah tak boleh nak terus lagi? sebab mungkin ada hikmah disebalik? ahh, sembang boleh. kaw buat semua ni buta buta sebab kaw nak hapuskan ingatan lama kaw. kaw ingat berhasil ke kalaw kaw xbetul betul ada niat nak lupakan even macam macam cara kaw cuba buat? good try fa good try. tapi hakikatnyaa? haahh, kaw sendiri jawablaah weyhh ;(
sekejap kaw kata kaw sayang, kejap lagi kaw kata kaw tak tawu. sumpaahhlaah confused kaw ni kann. sebab tu orang cakap, biar cinta yang datang dekat kita, bukan kita yang pergi carik cinta. tapi bukan aku yang sibuk sibuk pergi carik. benda ni yang datang time time memang aku tengah perlukan untuk buat aku lupakan benda yang paling susaaahhhhhhhhhhh aku nak lupakan dalam dunia ni.
yea, memang aku terima dia sebab aku nak lupakan dia yang lagi sorang tu. jahatkann aku. hahahh. tak laa jahat sebab actually aku dah lama admire kat kaw since the first we met in social networking. hahh, dia memang tak tawu pasal ni, sengaja malas aku nak bagitawu, hahahh.
sorry sayang, i have to do this. but then i will try my best to get to know you deeply okay. Insyaallah, kalaw ada jodoh tetap sampai jugak jodoh tu. kalaw tidak, saya sentiasa doa supaya awak dapat jodoh yang lebih lebih lebih baik dari saya. iloveyou sayang (see, i love you lagi, tapi?) huhh, malas aku nak layan kaw ni fa.
dah bye.
morning Bo :)
macam yang aku janji, harini aku mulalaah nak bercerita pepanjang dengan kaw ouhkay.
semester dua :
takde apa special sangat punn laah. pointer daripada sem satu naik ke sem dua, meningkat dengan mendadak, cik Fairuz pon boleh sound pointer gua naik tinggi apahaal? anak sapa? anak dia jugak ann. haha. apapun syukur Alhamdulillah :)
semester dua gua still free hair lagi pegi class, yeala zaman baru nak naik kann. ahhaaahh, tak boleh belaah kaw Fa.
ohh haaahh. semester dua punya zaman percintaan. aku masih dengan mohamad rohimi bin abdul rahim aka along lagi. 4 tahun dah aku dengan dia time tu. tapi yealaah, cinta jarak jauh kaan. masakan pokok pun makin lama makin layu, daun sehijau hijau bumi pun jadi kering and at last gugur, apatah lagi hubungan cinta sesama manusia. nak tak naak kena tahan jelaa kerenah dia sayang punya pasal kann. even though harini baik esok gaduh, harini baik esok gaduh, aku tetapp jugak sayang dia. pehaal tahh =="
dalam pada tu pulaak, datanglaah seorang jejaka tampan gagah perkasa. ahmad haziq abdul razak nama beliau. iceehhh. civil engineering, taiping perak, baik, caring and chinese look orangnyaa. pada dia lah aku cerita if aku ada masalah. and he was a very good listener, no doubt. he was always there for me when i needed, just right by my side.
segala nasihat yang dia bagi, kata kata semangat. humm, Fa ingat lagi Ziq. sorry haziq, fa tak boleh nak terima haziq time tu sebab fa dah ada along. terus terang memang fa dah sayang haziq but then again sayang along dah batasi semuanyaa. fa masih ingat lagu yang ziq dedicated untuk fa dulu. Puspa, putuskan saja pacarmu. hahaaahh, jahat jugak kaw ni ehh ahmad haziq :p
tapi apapunn, awak antara lelaki yang baik yang saya pernah kenal haziq. lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, saya ni belum cukup baik untuk awak laah pakcik. sentiasa doakan supaya ziq dapat jumpa perempuan yang lebih baik dari fa okay.
by the way, thanxx untuk kenangan tepi pantai ouhkay ahmad haziq ;)

mama & papa has gone ;D

new life has begin :)

Bismillahirrahmanirrahim.
yess, setelah berjuta tahun aku tinggalkan kaw sendiri wahai blogg yang sunyi. memang aku sengaja sebab aku malas nak bercerita bagai ni ahh. tambah tambah busy lah pulaak kann beberapa sem ni, maklom, senior laah kann. (achik kaw laah Fa belagak ==" ). tapi yang penting memang gua senior, apahaaal lu orang?
but then, tiba tiba aku tergerak hati nak hidupkan balik blogg ni because sometimes i don't know for whom i wanna throw my shoutss :'O
daaann, dengan ini dengan rasminyaa aku menamakan dikau BOBO wahai blogg saya yang kesepian. iceehhh, palinglaaahh comel nama aku bagi kat kaw tawu. lepas ni Insyaallah aku rajin rajin jenguk kaw yea bo. ;) <3
daripada laah dulu sampai ni aku rasa aku belom lagi nak mengfollow sesapa sebab aku dah ada kaw dah bo. biar kaw je yang tawu dulu segala masalah aku bagai yea. tunggu kaw dah setahun jagung kot baru aku follow orang orang ni, hahaahh.
ohh, since aku dah tinggalkan blog ni daripada semester dua and untuk berlaku adil, aku akan cerita sikit demi sikit pasal sem sem yang dah berlalu ouhkay.
tapi, nanti nanti laah ehh. aku penat laahh bo, mengantuk pulaak tu. haihh.
tido dulu, bye. ;)