Wednesday, November 23, 2011

belajar terima hakikat.

Alhamdulillah. semakin hari hidup semakin tenang. sesungguhnya Tuhan itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Adil dan Maha Mengetahui. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang akan mendatang. makin hari aku rasa aku makin boleh terima dengan pemergian arwah yang dah hampir 5 bulan. belajar menerima hakikat. rindu yang membuak buak hanya mampu aku pendam dan leraikan bila aku tenung gambar gambar arwah. sungguh tenang sekali bila tengok wajah arwah senyum manis dalam foto, apatah lagi bila berdepan, lagi lah manis   :)
berjuta kali syukur aku kerana aku masih ada keluarga dan sahabat.

apa pun, aku sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan. segala pemberian-Nya dan apa yang telah di ambil daripada aku. sememangnya suatu perkara yang terjadi itu, pasti akan ada hikmah disebaliknya. INSYAALLAH   :)

Al-Fatihah buat insan yang paling aku cinta yang berada di atas sana disamping kekasih sebenarnya ALLAH S.W.T

Monday, November 14, 2011

cemburu sampai mati

AKU RINDU SANGAT2 KAT ARWAH(ALONG)..NPEW LAA AKU TAK DAPAT LUPAKAN DIA,,HENSET DIA PADA AKU , HADIAH BRITHDAY AKU YANG DY BAGI TAHUN LEPAS(GELANG),,ACAM ANEW PUN AKU KENA TERIMA SUME NY ,,
MOOD:RINDU@SEDIH


ayat-ayat ni status updated daripada yana. yana yang pernah berkawan dengan arwah Along dulu, mungkin jugak pernah couple. menangis lagi saya harini.
saya tak boleh terima dengan apa yang dia cakap ni. saya cemburu. cemburu tersangat, even awak dah takde. i don't know why, but for me, dia tak layak nak rindu awak. dia lah punca kita bergaduh, kita berpisah dulu. kalaw dia takde, kita mesti takkan berpisah dulu. henset awak pada dia. awak pernah hadiahkan dia gelang masa harijadi dia. siapa dia tu? saya ni orang yang paling setia dengan awak dulu sedangkan dia. dia selalu je keluar dengan lelaki lain, awak sendiri tahu dan awak jugak yang pernah cakap dengan saya, jangan berkawan dengan dia, jangan rapat dengan dia sebab perangai dia tak boleh dibuat kawan. tapi awak yang layan dia lebih daripada seorang kawan. kalawlah awak masih ada lagi sekarang. . . . .

bila saya terbaca je status yana ni, jantung saya terus bergoncang laju, sama macam waktu waktu dulu kalaw saya ada dapat berita yang mengecewakan pasal awak. yea, ini lah dia maknanya yang saya masih lagi setia pada awak. sayang pada awak yang takkan pernah hilang sampai bila bila. masih lagi kuat rasa cemburu walaupun awak dah takde lagi kat dunia ni. apa yang bezanya sekarang, bila saya dapat berita berita macam ni, saya tak tahu apa nak buat, saya tak mampu nak buat apa apa selain dari, menangis, menangis dan terus menangis. antara saya dengan yana, saya lebih rindukan awak, saya lebih sayangkan awak. dia tak layak nak rindukan awak dan dia tak layak dapat kasih sayang awak. saya tahu saya sendiri pun ada buruknya, tapi seburuk mana saya, saya tahu apa isi hati saya pada awak. saya lebih ikhlas.

malam tadi saya dapat mimpi lagi pasal awak. saya suap awak makan strawberry   :')   saya seronok sangat awak, seronok sangat. tapi bila baca je status ni harini, saya down balik.
awak dengar tak saya cakap kat bawah ni? awak nampak saya tak?
awak dah tahu kan sekarang apa yang saya pendamkan selama ni. moga moga awak dah tahu isi hati saya yang sebetulnya selama ni   :')

sentiasa tenang lah awak kat atas sana yea. saya sentiasa doakan awak   :)
Al-Fatihah.

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHA

6 november 2011. raya haji tahun ni jatuh pada tarikh tu, hari ahad.
tadi saya kerumah fatin, birthday dia dengan socai dia sambut malam malam raya. haihh pelikk. siap ada karaoke lagi. tapi dia buat kecik kecik je. just family and member member rapat. dah nak dekat habis majlis, dalam pukul 11 malam, saya menyanyi. hadiah untuk fatin dengan socai. tapi entah kenapa yea saya menangis dalam pertengahan nyanyi lagu tu. lagu tu saya nyanyi dengan niat khas buat fatin dengan socai. tapi saya teringat awak. lagu bertakhta di hati. saya nangis ingat awak. tiba tiba je semua tu tadi. mungkin sebab saya dah balik bp, dah makin dekat dengan awak kan. tempat kita, mana taknyaa saya rindu   :')
esok pagi saya pergi ziarah awak yea. saya datang tengok awak, awak jangan lupa datang jugak tengok saya yea. saya nak awak sedar dengan kedatangan saya, supaya awak tahu betapa rindunyaa saya pada awak.

SALAM AIDIL ADHA. semoga hari hari esok saya, akan jadi lebih baik dari hari hari yang sebelum ni. INSYAALLAH   :)

Friday, November 4, 2011

syukur :)

result final exam semester 5 saya harini dah keluar. nervous bila nak klik result dekat e-mail tadi. takut sangat if ada saya ter-tak lepas paper. tapi syukur Alhamdulillah, saya lulus semuanyaa macam semester semester yang lepas. even pointer cuma naik 0.02 tapi saya syukur sangat sebab takde paper yang saya kena ambik balik. saya harap awak nampak yang saya gembira dengan result saya harini. itu yang awak nak kan, awak nak tengok saya berjaya dengan apa yang saya buat. saya mesti tunjuk kat awak yang saya boleh berjaya dengan berjayanya satu hari nanti. untuk family saya, untuk saya, kerana Allah dan untuk permintaan terakhir awak jugak   :')

hari ke-seratus awak dah nak sampai. betul betul hari raya haji. hari tu nanti saya nak pergi ziarah awak, dah lama sangat saya tak pergi ziarah awak kat situ. rindu rasanya nak tengok awak walaupun yang saya tengok tu bukanlah awak depan mata saya. biar sekadar pusara awak, tapi saya tetap dapat rasa yang awak ada duduk sebelah saya setiap kali saya datang situ dan bacakan yassin untuk awak. takkan pernah sekali saya terlepas siram air untuk awak, letak bunga untuk awak. itu saja hadiah yang saya mampu bagi dekat awak sekarang ni. saya takkan pernah lupakan awak. walau happy mana saya, walau sibuk mana saya, walau dengan sape pun saya, walau jauh mana saya dari tempat kita, saya takkan pernah lupa awak. itu janji saya.

awak sangat cool. tapi bila awak senyum, semua perempuan boleh jatuh. sebab tu perempuan perempuan tu semua dulu sibuk nak ambik awak dari saya. dan awak pun melayan. saya menangis. tapi sekarang, awak tetap saya punya seorang   :')
tenanglah awak kat atas sana yea sayang. saya harap sangat awak dengar setiap apa yang saya cakap kat awak kat bawah ni. saya rindu awak sayang

Tuesday, November 1, 2011

pororo :D


pororo doll. saya nak sangat yang ni awak. kalaw dulu saya nak sangat patung CJ7 dari awak kan. tapi saya masih ingat lagi sebab sebab kenapa awak taknak belikan saya patung patung ni semua. hmm, alasan diterima taw   :')
I MISS YOU. rest in peace awak   :)

you. so far away

never been for anything. never chained but never free. i lied to heal the broken love. with all that it could. live the life so endlessly. saw beyond what others see. i tried to heal your broken heart. with all that i could. will you stay away forever? how do i live without the ones i love? time still turns the pages book, it's burnt. facing times always on my mind. i have so much to say but you're so far away.
means a war of futures hold. foolish lines of grown and old. and seems we're so invincible. the truth is so cold. a final song, a last request. a perfect chapter laid to rest. now and then i try to find. the place in my mind, where you can stay awake forever. sleep tight. i'm not on pray. the ones that we love are here with me. lay away. a place for me. cause as soon as i'm done. i'll be on my way, to live eternally.
i love you. you were ready. the pain strokes in dark spines. but i see you. and it lets me. your pain is gone on hands of time.
so far away.
 i need you to know.
and i need you to need you to know.

Friday, October 28, 2011


malam tadi. saya menangis lagi setelah lama saya tak menangis sebab rindukan awak. maaf, saya tak dapat nak tahan air mata saya dari menitis malam tadi. saya betul betul rindukan awak. even awak dah pergi jauh dari saya, tapi awak tinggalkan banyak kenangan untuk saya kat sini. awak tinggalkan perkara perkara yang selalu kita buat sama sama waktu kita keluar sama. awak tinggalkan saya dengan ingatan ingatan suara awak dekat telinga saya. awak tinggalkan kesan sentuhan tangan awak pada tangan saya. awak tinggalkan ingatan renungan mata awak pada saya. awak tinggalkan kesan kucupan awak pada dahi saya. awak tinggalkan kawan kawan awak dekat sini yang saya tengok diorang hari hari buatkan saya jadi ingat waktu waktu kita selalu keluar sama sama dengan kawan kawan awak. awak tinggalkan saya dengan bayangan lambai tangan awak waktu awak hantar saya balik rumah dan awak pun beransur pulang. awak tinggalkan saya dengan senyuman yang terukir dari bibir awak yang menampakkan awak sangat manis. awak tinggalkan saya dengan setiap butir awak lafazkan sayang pada saya. awak tinggalkan saya dengan janji janji manis awak dahulu. dan akhirnyaaa, awak tinggalkan saya. awak tinggalkan saya buat selamanyaaa.

sayang,
saya rindu awak. datanglahh dalam mimpi saya. sekurang kurangnya lepas lah setitik rindu saya pada awak yang dah lama saya pendam. saya betul betul rindukan awak Mohamad Rohimi Abdul Rahim. semoga awak tenang sentiasa di atas sana. Amin.

Wednesday, October 19, 2011

love is cinta.

dialah satu satunya lelaki yang saya rasa dia tak pernah kenal erti cinta. yang belum pandai macam mana cara nak menghargai cinta. entahlah, mungkin dia belom matang ataupun belom pasti apa sebenarnya yang dia betul betul nak. mungkin saya belom betul betul kenal dia macam mana tapi hakikatnya pada saya, dia memang jenis lelaki yang tak tahu nak jaga dan amik hati seorang perempuan. mulut memang lah manis dia tu awak, tapi hati dia, unpredictable, tak siapa pun yang tahu dan tak siapa pun yang boleh faham dia sebenarnya. saya pernah cuba nak faham dia. mula mula tu boleh laa saya faham sikit sikit, tapi dah lama lama, ke laut. saya pun tak boleh nak kejar dia yang dah terlampau jauh dah hanyutnya tu. saya mengaku yang saya pernah sukakan dia, saya pernah sayangkan dia dan saya pernah berkawan dengan dia. tapi bila dah makin lama saya tengok dia, saya rasa macam menyesal pernah kenal dia. bukanlah penyesalan yang teruk tapi penyesalan yang ada sebabnya.

dia tak sama macam awak, dia lain. dia sangat berbeza dengan awak. even awak dulunya pernah buat saya kecewa tapi awak tak pernah abaikan saya walau sesaat pun. saya lebih selesa dan lebih biasa kecewa dengan cara macam tu daripada saya kecewa sebab diabaikan waktu saya dengan dia dulu. yang dia bagi cuma jaminan, jaminan yang tak pasti dan tak berapa jelas. awak dengan dia macam langit dengan bumi, berbeza. dan sejak tu saya rasa tak kan ada lagi lelaki lain lagi yang macam awak   :')

dia senang melupakan sesuatu ataupun seseorang pada apa yang saya nampak. if dia berpisah dengan sorang perempuan pagi ni, petangnya jugak dia dah boleh keluarkan ayat ayat manis dia dekat perempuan yang lain. hati jenis apa dia tu agaknya saya pun tak dapat nak jelaskan. pada saya sebenarnya dia tu baik je awak. dia tak pernah marah saya, kalaw dia bengang dengan saya pun, dia cakap baik baik je. tapi kadang kadang saya nak dia marah saya sebab pada saya dalam hubungan ni marah tu laa tandanya bila betul betul sayang. orang kata marah tu tanda nasihat, bila maksudnya nasihat bermakna risau, bila risau maknanya care, dan bila dah care mesti nak protect. itulah salah satu gambaran saya buat awak dan bukan gambaran buat dia. dia tak macam tu. saya tak nampak kat mananya yang dia pernah care pasal saya, protect saya. disebabkan tu semua saya tak dapat nak teruskan lagi dengan dia, dan jugak sebab saya masih belum dapat lupakan awak sayang   :')

lepas saya dah takde apa apa dengan dia, dalam masa berapa minggu dia dah dengan perempuan lain. then dalam berapa minggu lepas tu, dia dah tak dengan perempuan tu pulak. dan lepas dalam berapa minggu lagi lepas tu, dia berkawan dengan perempuan lain pulak, dan awak kenal siapa perempuan tu. humm, saya tak tahu lah macam mana nak cakap. pelik, hairan saya dengan lelaki yang perangainya sampai macam tu sekali. saya tak pernah kenal dengan lelaki yang macam tu taw. dan sekarang pulak, dia baru berpisah dengan budak perempuan yang kita kenal tu, but then belum apa apa lagi pulak dia dah bermesra mesra pulak dengan perempuan lain dekat internet. haihh, saya tak boleh nak bayangkan perasaan yang ada dalam hati dia tu laah. mungkin salah si budak perempuan tu jugak, tapi mungkin jugak dia pun ada salahnya. saya tak berani nak cakap lebih sebab saya tak tahu cerita yang betul pasal diorang. cuma yang saya kesalkan, budak perempuan tu budak yang saya kenal sejak kecik, yang saya sayang, yang masih muda yang saya ada hak nak jaga dia, ada hak nak amik tahu pasal dia.

saya harap sangat dia dapat berubah supaya lepas ni dah takde lagi dah perempuan yang kecewa sebab dia. semoga dia cepat matang dalam segala hal dan tak amik remeh dengan hal hal yang penting. saya tawu dia tu baik orangnya. mungkin dia belum dapat apa yang dia nak, dan belum jumpa apa yang dia cari kan awak   :)

saya tahu, mungkin awak dan Dia kat atas sana taknak saya hidup dengan lelaki yang tak boleh nak jaga saya, yang tak boleh nak protect saya dan tak boleh nak bagi kasih sayang penuh dekat saya, macam mana yang awak pernah bagi semua tu dekat saya sebelum ni. sebab tu laah saya tak boleh nak bersama dengan dia walaupun kitorang dah cuba selamatkan hubungan tu before ni. saya tak menyesal berpisah dengan dia, malah saya bersyukur   :)

Al-Fatihah buat Almarhum Mohamad Rohimi Bin Abdul Rahim   :')
iloveyouuu sayang     <3

Monday, October 17, 2011

i was cried, without noticing it.

sebaik saja kaki saya melangkah masuk dalam kawasan sekolah tu, perasaan saya terus berubah serta merta, jadi lain. saya jadi sebak, sayu bila mengenangkan kisah kita. terlalu banyak cerita kita dekat situ awak. mulanya kita pun daripada situ, berjumpanya kita setiap hari pun dekat situ, susah senang, suka duka, bahagia begaduhnya kita pun dekat situ jugak. maaf awak, saya tak dapat nak tahan lagi, saya menangis lagi tanpa saya sedar. saya rindukan awak, saya rindukan 'kita' dekat sekolah tu dulu.

waktu saya dah naik bangunan baru kat sekolah tu untuk MUET, saya masuk bilik kuarantin, saya duduk diam diam sorang sorang. diorang tengah berhimpun, saya dengar diorang baca surah yassin before diorang masuk kelas. lepas baca yassin, cikgu buat pengumuman sikit macam biasa. saya dengarkan je dari atas. sayu sangat bila teringat zaman zaman kita kat sekolah tiga tahun yang lepas. buat masa ni, diorang berhimpun dekat depan kelas kita taw awak. sebab dataran kat tempat perhimpunan tu tengah renovate. ohh yea, time saya kat dalam kelas tu tadi, cikgu Khaznee lalu kat luar, saya nak sangat keluar jumpa dia, peluk dia, tapi tak boleh sebab saya tengah kuarantin. saya rindu dia awak, mesti awak pun rindu dia kan. awak ingat tak dulu dia selalu nasihatkan kita, dia cakap jangan gaduh gaduh. haihh, dia je lah satu satunya cikgu yang amik berat pasal hubungan kita kan awak. saya sayang dia   :)

Alhamdulillah speaking test tadi senang awak. lepas habis je, saya terus turun bawah. saya call mak suruh ambik. habis je langkah kaki saya dekat anak tangga yang terakhir, menitis airmata saya, saya tak dapat nak tahan lagi sebak kat dada saya ni. saya betul betul rindukan awak dan saya dekat sekolah tu. rindu sangat sangat ni awak. Tuhan saja yang tahu.

sementara tunggu mak sampai, saya pusing pusing. saya lalu ko'op, saya lalu bilik katering saya, yang awak selalu menjengah jengah kepala dekat tingkap bila time saya tengah masak tu. heeehhh, comel je awak datang tengok saya masak waktu rehat kan. then saya terus lalu bilik elektrik awak pulak, dah lain laa awak bilik tu, macam baru sikit. awak tawu, dekat bilik elektrik awak tu dulu, saya pernah mengendap awak. saya dengan aza. haisshh, kelakar taw. saya ponteng kelas semata mata sebab nak tengok awak macam mana kat dalam kelas sebab time tu awak rapat dengan shima, saya jeles, huhhh.
tapi sumpah, saya terlampau rindukan waktu waktu tu semua dulu. tapi saya tak mampu nak buat apa apa, awak dah takde dengan saya. awak dah takde lagi dekat dunia ni. saya tak boleh nak carik awak lagi. saya carik, tapi bila saya makin carik, saya makin tak nampak awak. awak jauh sangat dekat atas tu. awak, awak nampak tak saya dekat sini? awak dengar tak apa yang saya cakap setiap hari? kalaw awak dengar, saya nak cakap lagi yang saya sayang dan saya rindukan awak. saya sebut tu semua hari hari, saya harap sangat awak dengar.

luaran saya sekarang, memang orang nampak saya dah okay, happy, dah boleh teruskan hidup tanpa awak. tapi dalam hati saya, takde sape pun yang tawu. cuma saya dan Dia je yang tahu. dan mungkin jugak awak pun tahu tapi kalaw boleh saya taknak awak tengok saya sedih je camni selalu. mesti awak sedih kalaw tengok saya pun sedih kan. maaf awak, tapi saya sedih sebab saya terlampau rindukan awak, tu je. awak tahu kan tu?

awak, saya tak pernah putus doakan kesejahteraan awak kat sana. saya tak pernah berhenti hadiahkan awak Fatihah. saya tak kan berhenti buat semua tu, sebab tu semua tanda sayang dan kasih saya yang sebenar untuk awak. saya nak awak tahu yang sayalah perempuan yang paling sayangkan awak selepas mak awak kat dalam dunia ni. semoga awak sentiasa aman tenteram dan tenang kat atas sana disamping orang orang yang beriman. Amin   :')

terkenang.

semalam, saya pegi pasar taman. heeehh. dengan mak ayah, alip adik, ain, farid. da lama tak pegi situ awak. last saya pegi kan dengan awak. awak ingat?   :)   kita beli tahu bakar, potato spring, saya belikan awak satu bungkus tahu bakar, awak terus suka kan   :)   then sambil jalan lagi, kita minum air, saya pegang tangan awak. awak selalu usik saya, awak cakap saya rendah, awak makin tinggi. haihh, yeala sayang. awak memang makin tinggi, saya ni je yang tak tinggi tinggi kan. saya ingat satu benda yang kita tengah cerita sambil kita jalan tu. pasal rumah besar kan, awak ingat? awak kata nak beli rumah besar, tunggu kita kawin nanti lahh, then awak cakap kena carik duit banyak banyak bila nak beli rumah besar tu. saya senyum je dengar awak cakap macam tu, sebab masa tu saya mengaku yang saya dah tawar hati sikit dengan awak. tapi saya sayang sangat dekat awak, tu lah dia satu masalah yang buat saya confuse bila mulut kata tak, tapi hati kuat kata nak.
semalam pun saya beli benda yang sama, tahu bakar, potato spring. sedap sangat   :)
lepas jalan lagi, saya nampak tempat yang kita parking moto kat situ, saya senyum je   :)
jalan lagi, saya nampak gerai yang jual bear bear besar tu, saya ingat jugak time saya belek belek bear tu, awak kata apa tah masa tu. saya senyum lagi   :)
teringat satu masa kita pegi pasar taman, saya nampak awek cantik, comel. saya cakap gurau gurau dengan awak, " awak, ada awek, comel laa dia. awak nak? saya mintak kan number?" awak senyum je lepas tu awak cakap, "saya taknak. setakat cantik je nak buat apa? lagipun saya tak kenal dia, entah perempuan baik ke tidak. macam awak, saya dah kenal daripada mula mula, saya dah tawu awak macam mana, saya dah jaga. saya taknak orang lain dah, awak je"   saya senyum bahagia bila dengar jawapan tu yang keluar dari mulut awak   :')

semua tempat, mana mana je saya pegi, saya mesti ingat awak. muar, batu pahat, parit sulong, bukit pasir, bandar bp. mana lagi? semua, semuanya tempat tempat yang kita selalu pegi. mana je tempat yang kita selalu pegi, bila saya nampak, saya jadi sayu. sayu bila kenangkan semua tu dulu, indah sangat bila ada dengan awak waktu bahagia bahagia kita dulu. saya rindu sangat awak   :'/

sekarang saya dah start praktikal, dekat port dickson. saya dapat department sales & marketing, dalam office. relax je keje dia taw. tapi kadang kadang bosan pulak bila takde keje nak buat, duduk jela kat atas kerusi pusing pusing tu haa   :p
sabtu saya half day, ahad saya off. minggu first keje saya dah balik rumah, hee. yeala, saya ada exam MUET nak kena amik kat sekolah lama kita tu. esok, 17.10.2011 examnya. nak masuk sekolah tu, saya jadik nervous pulak. yeala, dalam sekolah tu lah mulanya semua pasal kita. lagi banyak kenangan kita kat dalam sekolah tu. tak payah di cerita, satu sekolah dah tahu pasal kita, baik budak budak, baik cikgu. heeehh, semuanya tawu pasal kita. mesti saya rindu saat saat kita sama sama kat sekolah tu esok bila saya roundddd satu sekolah tu nanti. yea, tempat kita mula pandang mata   :')   awak doakan supaya saya dapat buat exam tu dengan lancar yea esok   :)

saya rindu awak, sayang awak sampai bila bila. semoga awak tenang tenang saja kat atas sana   :')

Monday, October 10, 2011

latihan industri

kejap je lagi. yup, kejap lagi saya berangkat ke port dickson dah awak. esok hari first saya start praktikal, harini daftar saja dulu. haihh, diam tak diam kan, dah nak tiga tahun dah saya study, dah nak habis dah diploma saya. bulan tiga tahun depan INSYAALLAH.
maybe praktikal saya ni saya tak rasa janggal kot, yeala, saya kan ke pernah kerja kat landmark hotel tu, dah biasa kerja hotel dah pun.semoga praktikal saya ni saya dapat lagi tambah pengalaman dan ilmu kan. dan, semoga saya baik baik je kat sana. even saya jauh dengan family saya, awak pun lagi laa jauh dengan saya. tapi saya tahu, ALLAH tu sentiasa ada dengan saya, awak pun kan?   :)   apapun, awak tengok laa saya dari sana yea   :)

ohh yea. tadi. saya keluar, terserempak dengan someone naik moto pakai baju sekolah, balik sekolah la tu. dari jauh, sebiji macam awak. rupanya awak tawu, ejul. haihh. macam macam lah saya ni kan. nampak lelaki bawak motor sikit je ingat awak, bawak motor je ingat awak. saya rindu awak sangat tahu. hmm   :')

semoga awak tenang kat atas sana, AL-FATIHAH.   :)

Sunday, September 18, 2011

jangan kejutkan aku.

mimpi paling indah pernah aku dapat. arwah datang dalam mimpi.
bahagianya rasa Tuhan je laah yang tawu. duduk berborak borak kat rumah dia, dengan member member dia, along with my cousin and my friend too. Ya Allah, memang aku rindu dia sangat.
dalam mimpi tu, aku ambik peluang mintak maaf kat dia segala salah aku kat dia before ni, dia pun mintak maaf jugak, sedih bercampur gembira aku rasa. lepas mintak maaf, kami berbaik semula, happy sangat. he said that he loves me, and the best part was, he kissed my forehead, and suddenly my tears just came out without noticing it. i don't wanna lose him anymore, hati kecilku berbisik. sumpah aku taknak hilang dia lagi. i just love him.
tapi apakan, ianya hanya sebuah mimpi indah yang singgah sebentar bermain dalam tidurku. tersedarnya aku dari tidur, aku tersenyum gembira, tak berhenti aku senyum, dan hiba, menangis lagi kaw fa. yea, tangisan gembira dengan kehadiran dirinya dalam mimpi kaw. saat tu aku berharap sangat yang aku tak berjaga dari tidur, hanya kerana aku nak terus hidup bersama dengan dia dalam mimpi tu. seakan realiti aku rasa.

terima kasih awak, sudi datang dalam mimpi saya. saya dah lama tunggu awak datang. and finally, awak datang. awak cakap awak sayang saya, awak mintak maaf dengan saya, kita berbaik semula, awak cium dahi saya. semuanya adalah yang terpaling indah buat saya selepas awak pergi tinggalkan saya. semoga awak baik baik sahaja kat atas sana, saya sentiasa doakan awak, saya tak pernah lupa awak walau sesaat. dari dulu, sekarang, till the day i die and sampai bila bila, saya tetap sayang awak, rindu awak, mohamad rohimi abdul rahim. iloveyouuu   :')

Tuhan, terima kasih atas segalanya. aku terima segala ketentuanMu dengan Redha. Kau berikanlah aku kekuatan dan Kau berikanlah kepadanya ketenangan di atas sana di sampingMu Ya Allah. Amin Amin Amin Ya Rabbul Al Amin. Al-Fatihah.

Saturday, September 3, 2011

awkward.

dah lama tak update blog. takde masa langsung nak menaip sejak balik cuti raya aritu. banyak benda nak cerita, nak luah actually, but i was not in the mood to update update blog ni laah. betul ke aku ni da berubah? fa? ohh fa? what's wrong with you girl? where are you? we've been looking for you for so long. we miss you a lot girl.

hey, im here. im still here. tapi mungkin memang yea, aku dah berubah. dah tak macam dulu lagi. kaw senang tersentuh sekarang yea fa, suka termenung, suka menangis. kenapa fa? yang dah pergi biarlah pergi, sampai bila kaw nak bersedih dengan pemergian dia?

aku menangis bukan sedih sebab apa, aku terlampau rindukan dia. terlalu rindu. since i was at bp dari minggu lepas, aku makin banyak menungnya. mana mana tempat aku pergi, aku lalu kat dalam bp ni, semuanya aku nampak aku dengan arwah ada kat tempat tempat tu. aku nampak, dan aku dengar perbualan apa yang aku dengan arwah bualkan kat situ. ni lagi pulak aku dapat tawu lagi cerita cerita pasal arwah yang buatkan aku tambah sebak bila aku fikirkan balik, teringatkan balik.

kesian awak. saya tawu awak mesti banyak masalah kan. saya mintak maaf sebab saya tak mampu nak tolong awak. saya cuma mampu bagi semangat je dekat awak dulu. saya suruh awak kuat hadapi semua masalah masalah yang datang. saya ingat apa awak cakap. Tuhan akan sentiasa melindungi orang orang yang tidak bersalah. saya tawu awak baik, awak baik. tapi sekarang, siapa nak bagi semangat kat saya pulak? saya rindukan awak. saya banyak buat salah dengan awak. saya dah cadang, raya tahun ni nak beraya dengan awak, nak mintak maaf dengan awak. tapi kenapa awak pergi? saya nak mintak maaf dengan awak, saya yang salah. kenapa awak tak boleh nak tunggu saya? kalaw saya boleh nak tunggu awak berubah macam apa yang saya mintak dulu, kenapa awak tak boleh nak tunggu saya? kenapa awak taknak jumpa saya dah? benci sangat awak kat saya ke? apa dosa yang besar sangat saya buat kat awak? awak tak tawu ke yang saya sayang awak sangat? walau apa je yang saya buat, if saya ada kawan orang lain ke apa, awak tak tawu apa sebenarnya dalam hati ni. yang betul betulnya saya memang tak boleh nak lupakan awak. saya tak boleh kalaw takde awak. awak tawu tak tu?

saya rindu awak. saya rindu awak. rindu awak................................

Wednesday, August 10, 2011

terimakasih untuk itu semua :')

9 ogos 2011.
takkan aku pernah lupa tarikh ni. momo, cha, min, daph, teha, aidil, wani, fara, dila, edy and madi. sungguh aku tak sangka dengan surprised yang mereka buat untuk aku.   :')
tak terkata, terdiam aku tak boleh nak buat apa apa selain dari, mengalirkan airmata sekali lagi, tanda gembira mereka menyambut hari lahir aku. aku tahu, mereka cuba buat aku gembira setelah apa yang aku dah lalui dalam beberapa minggu lepas.
sangat aku hargai, sangat aku berterimakasih. chocolate cake, chocolate, batik cake, music bear, owl keychain, love frame. tak cukup lagi dengan ucapan ucapan, ciuman pula   :')
sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka semua. mereka berjaya membuat aku tersenyum, happy pada waktu itu. sehappy mana pun aku, tetap aku tak lupa tentang Dia dan arwah yang berada di atas sana.
aku hanya mampu tersenyum bila melihat keatas langit, membayangkan yang dia nampak dan melihat aku tersenyum pada saat itu   :')
sekali lagi, terimakasih tidak terhingga buat mereka. takkan pernah aku lupakan mereka.
aku sayang korang semua   :')   <3<3<3

Tuesday, August 9, 2011

9 0gos 1991, selamat hari lahir :’)



Hari ni genap aku berumur 20 tahun. Sekejap saja aku dah masuk ke alam puluhan.
Mak, ayah, alip, adik, sepupu sepapat tersayang, kawan kawan yang sentiasa terbaik buat aku. Yea yang penting semuanya, wish birthday aku. Aku sambut dengan tangisan gembira je la, sebab masuk ni dah 3 tahun aku tak dapat sambut birthday disamping orang orang tersayang, family, cousinz, friends kat Bp dan yang penting.....
Arwah.....
Yea, buat pertama kalinya aku rasa yang birthday aku takde makna apa apa tanpa dia. Kali terakhir dia mengucap selamat hari lahir untuk aku, tahun lepas, 2010. Waktu tu aku dengan arwah tengah bergelora, ada masalah sikit, biasa la, asam garam dalam hubungan. Waktu tu masing masing tengah perbaiki diri masing masing untuk berbaik semula dan kitorang sentiasa sabar menununggu sampai masanya jodoh kitorang datang balik.
“selamat hari lahir, semoga panjang umur, saya memang masih sayangkan awak lagi sayang”
Sebaris ayat ni saja dah buatkan aku rasa bahagia tersangat. Tapi tidak untuk tahun ni dan tahun tahun yang akan datang. Tak kan ada lagi semua ni. Dia pergi tinggalkan aku sekali lagi, tapi kali ni bukan untuk sementara, untuk selama lamanya. SUBHANALLAH. Tapi memang aku dapat rasakan yang sememangnya dia masih ada disini. Dia tak pergi kemana mana pun   :')
Kebiasaannya, aku terima sekalung rantai, hadiah daripada arwah. Dan sememangnya kalaw bukan hari lahir aku pun, arwah rajin hadiahkan aku rantai atau T-shirt, sebagai tanda sayangnya pada aku. Dan katanya, setiap rantai pemberian dia yang aku pakai, akan tergantung sentiasa terletak di atas dada (hati aku), bermakna dia sentiasa ada dalam hati aku   :’)   yea, memang awak sentiasa ada dalam hati saya, even kalaw takde rantai sekalipun, sampai bila bila awak tetap ada dalam hati saya.
Mohamad Rohimi Bin Abdul Rahim, seorang yang sangat pandai berkata kata. Setiap apa yang dia tak suka buat, mesti ada alasan yang memang boleh diterima. Aku pernah mintak dia belikan aku teddy bear, yup, macam perempuan perempuan lain, boyfriend diorang mesti ada bagi teddy bear. Tapi bukan arwah, dia tak suka nak belikan aku teddy bear sebab katanya..... “kalaw saya belikan awak teddy bear, nanti tiap malam awak tidur dengan teddy bear, peluk teddy bear tu, nanti awak lupa saya macam mana?”     :’)     tersenyum saja aku tiap kali dia cakap macam tu, tergelak pun ada. Awak, kalaw awak nak tawu, tak kan ada apa benda pun yang dapat buat saya lupakan awak, sampai bila bila awak tawu tak? Tak ada.
Aku pernah tanya arwah, dia lebih suka kalaw aku bertudung ataupun tak bertudung? Jawab dia, tak bertudung. Kenapa? Sebab katanya..... “kalaw awak pakai tudung tapi tak betul betul ikhlas dan tak betul dengan caranya nak buat apa? Pakai tudung tapi bila keluar dating, pimpin pimpin tangan, peluk peluk pinggang, pakai seluar baju sendat sendat, naik motor rapat rapat, betul ke caranya tu? Saya tak nak tengok ada orang nilai awak macam tu, pakai tudung tapi perangai sama je macam perempuan yang tak bertudung. Biarlah awak tak bertudung sebab orang tak kan nilai awak sebagai seorang Islam yang mempersendakan Islam. Kalaw awak nak bertudung, biarlah ikhlas datang dari hati, dan bukan sebab terpaksa. Tak pun, lepas kita kahwin nanti, awak pakai tudung okay?”   :’)     sekali lagi aku tersenyum saja dengan apa yang dibicarakan arwah. Sebak rasanya jika di imbas kembali.
Memang inilah dia arwah. Seorang yang pandai berkata kata, dan setiap apa yang dikatakannya, memang ada betulnya, aku terima dan bangga mendengar. Sesungguhnya, aku sangat sayangkan arwah, rindukan arwah. Moga moga dia mendengar setiap apa yang aku luahkan untuknya, dan moga arwah tenang di atas sana disisi Allah. Amin. Al-Fatihah.
Bermula dari tahun ni, aku harap umur aku yang dah mencapai 20 tahun ni akan buat aku jadi lebih matang, lebih dewasa dari tahun tahun yang sebelumnya. Semoga Allah permudahkan segala galanya bagi aku, untuk aku menjadi insan yang cemerlang, untuk menjadi seorang perempuan yang solehah, anak yang solehah dan patuh kepada mak dan ayah. Untuk menjadi contoh yang baik buat adik adik dan sepupu sepupu. Menjadi kawan yang lebih baik dan lebih memahami untuk kawan kawanku yang sememangnya sentiasa ada untuk aku di saat aku susah dan memerlukan. Ena, Mimien, Cha, Momo, Edy, Fara, Raihan, Lela, Ruza, Fatin, Haikal, classmate dhc, dh5a dan warga dhmc. Kala susah atau senang aku, mereka lah yang paling ada untuk aku, seperti kawan kawan yang lain juga, sentiasa support aku tapi mereka mereka inilah yang paling tak henti henti duduk dibelakang, didepan dan disebelah aku. Disaat aku kehilangan arwah, mereka lah yang ada disebelah aku, mengesat airmata aku, memberi kata kata semangat, cuba membuat aku tersenyum. Yea, aku sangat berterimakasih kepada mereka dan sesungguhnya aku sangat beruntung memiliki sahabat seperti mereka. Aku takkan lupa setiap apa yang mereka buat untuk aku, dan juga kawan kawan lain yang tidak aku tersebutkan namanya. Terimakasih tidak terhingga, aku sayang mereka   J
Nur Afifa Binti Samsudin, selamat hari lahir sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga menjadi insan yang lebih baik dan berjaya didunia dan diakhirat. Amin.   J

Monday, August 8, 2011

saya rindu awak :’)


masih terngiang ngiang di telinga setiap patah perkataan, setiap ungkapan, setiap kata kata yang aku dengar dan setiap butir message yang aku terima pada 25, 26 dan 27 julai yang lepas. Semuanya seperti baru semalam, masih segar segala galanya dalam ingatan. Dan sebetulnya aku masih lagi tak percaya dengan apa yang dah jadi. Semuanya macam mimpi, mainan tidur semata mata. Dulunya, kalau kami terpisah jika ada selisih faham, kami akan bersatu semula jika masalah dah selesai. Tapi bukan untuk kali ni. Kami terpisah dan tak akan bersatu semula buat selama lamanya di dunia. Yea, mungkin inilah takdirnya, dan aku harus akur dengan takdir Tuhan. Tak pernah aku sangka yang begini lah kisah aku dan dia berakhir, sampai disini saja jodoh aku dengan dia. Terkilan rasanya disaat saat terakhir dia masih sedar, aku tak ada disebelah dia, sehinggalah ke nafas terakhirnya walaupun aku dah sangat sangat dekat dengan dia waktu tu. Cukup terkilan aku, Tuhan saja yang tahu.
Sejak daripada arwah pergi, aku sendiri dapat rasa yang aku bukan lagi aku, apatah lagi orang disekeliling aku. Mesti semua sedar yang aku memang bukan macam aku. Aku jarang senyum, susah nak gelak, aku lebih diam, tak banyak bercakap macam selalu. Asalnya aku memang tak dapat nak terima hakikat yang aku dah betul betul hilang arwah. Aku ambik masa lama nak terima semuanya, lama. Memanglah payah kalau orang yang pernah sayang kita, jaga kita, ambik berat pasal kita, protect kita, pergi kemana dia teman, makan bersuap and everything, hidup bersama selama bertahun tahun, susah senang sama sama, tiba tiba hilang macam tu je. Yea, memang takde, takde orang lain yang dapat buat macam apa yang arwah buat. Segala kebaikan dia terhadap aku, takde insan lain dapat tandingi melainkan ahli keluarga aku. Dan jika ada keburukkan arwah, semuanya dah terlindung dengan rasa sayang aku pada dia, dah tak nampak dah yang buruk kalaw hati memang terlalu sayang.
Alif farhan. Aku mohon maaf padanya kerana dengan kehadiran dia juga aku tak mampu nak hapuskan rasa sayang aku pada arwah. Sayang aku pada arwah terlalu tebal dan takkan pernah hilang sampai bila bila. Walaupun disaat saat akhir arwah, kami dah takde apa apa hubungan. Tapi aku yakin yang arwah masih tetap sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Aku yakin.
Awak, saya rindu awak sangat. Rindu nak makan dengan awak, jalan jalan naik motor dengan awak, pegi pasar malam dengan awak, shopping, mandi manda, pegi tepi pantai dengan awak, pimpin tangan awak, nak cakap on the phone dengan awak, gelak dengan awak, rindu nak tengok awak senyum, nak dengar awak nyanyi, rindu awak pakaikan rantai dekat leher saya, bergurau dengan awak, cucuk cucuk badan awak, tutup mata awak time awak tengah bawak motor, haih, jahat kan saya. Dan yang paling saya rindu, nak dengar awak cakap..... “saya terlampau sayangkan awak sayang”     :’)     saya rindu semuanya tentang awak Mohamad Rohimi, semuanya. Mungkin kita takkan bersatu di dunia ni, dan mungkin kita akan bersatu di atas sana nanti. Cinta yang tulus, suci dan kekal abadi. INSYAALLAH. Biarlah saya setia menjaga cinta kita, selamanya.     :)
Al-Fatihah buat awak yang tercinta, tenanglah di atas sana.

Wednesday, August 3, 2011

hadiah.

semoga dia melihat aku dari atas sana.
semoga dia mendengar setiap apa yang aku ungkapkan setiap saat.
sementara dia masih disini di bulan yang paling mulia ini, hadiah aku utus buatnya tidak henti henti.
itu saja yang aku mampu beri di saat dan ketika ini.
aku terlalu rindukan dia.
semoga dia tenang di atas sana bersama orang orang yang beriman.
Amin.

Thursday, July 28, 2011

akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua.

27 julai 2011. tarikh Tuhan datang mengambil dan membawanya pulang keatas.

sehari sebelum tu, 26 julai 2011, 10.30 malam. waktu bas aku dari penang bergerak ke batu pahat. memang sebelum tu, aku buat keputusan untuk tidak pulang ke batu pahat, di atas sebab sebab yang aku rasa aku memang tak dapat nak balik, hanya doa yang mampu aku utus dari jauh. tapi bila dah berderet deret message yang masuk bagitawu yang dia makin lemah, nadi dia lemah, tiada sebarang improvement. dia hanya mampu menitiskan airmata apabila mendengar bisikan daripada teman teman, ahli keluarga dan ibunya tercinta. aku dah tak mampu nak tahan lagi, dah tak dapat aku nak tahan perasaan nak balik jumpa dia. dengan tak fikirkan apa apa, aku terus bergerak ke jeti, beli tiket bas dan 10.30, aku bergerak pulang, bersama dengan doa doa kepada Allah supaya dia sedar.

sepanjang perjalanan pulang dalam bas. aku tak dapat tidur nyenyak. setiap kali phone ringing, aku jadi takut nak tengok apa yang diorang nak sampaikan. aku takut, aku sumpah takut sangat. dan setiap kali aku tidur, aku celik, mesti aku nampak kubur, aku tidur lagi, aku celik, aku lalu sebelah kubur lagi. Ya Allah, itu ke petanda yang kau beri pada ku? Ya Allah.

8.00 pagi 27 julai 2011, aku sampai batu pahat. sampai je rumah, aku betenang, terlelap mata seminit dua. aku bedoa banyak banyak sementara tunggu ena sampai nak amik aku pegi hospital nak tengok orang yang aku sangat sayang sedang terlantar koma. lebih kurang dekat pukul sebelas. ena da sampai, aku dah siap. kitorang baru je nak langkah kaki keluar pintu rumah aku. lela, dia call. mulanya aku menggeletar nak angkat sebab aku memang takut nak angkat. tapi aku kuatkan hati, aku angkat jugak call tu. lela tenang, dia tanya aku kat mana? aku marah dia kenapa call aku, dia buat aku takut. dengan tersekat sekat lela menjawab, PA, ALONG DAH TAKDE PA, ALONG DAH MENINGGAL, DIA DAH TAKDE PA.

Ya Allah, Ya Tuhan. Kau saja yang tahu perasaan aku masa tu. seperti seluruh tubuh badanku dah hilang rasa. takde sepatah apa pun yang keluar dari mulut aku. aku tarik nafas sedalamnya dan aku ucapkan, INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN. Ya Allah, kenapa begitu cepat Kau ambil dia pulang sebelum aku sempat berjumpa dengan dia, sebelum aku sempat nak berbisik kat telinga dia, sebelum aku sempat nak usap tangan dia, cium dahi dia. Ya Allah, jika ini yang telah Kau takdirkan, aku redha. aku redha dengan ketentuanMu Tuhan. sesungguhnya Kau lah pemilik seluruh alam semesta ini. dan telah Kau pinjamkan kepada kami segalanya dan perlu juga kami pulangkannya kembali kepadaMu Ya Allah. kami semua juga akan turut pulang kepadaMu, cuma waktu saja yang membezakan. aku redha Ya Allah, aku Redha.

aku bergegas terus ke hospital, terus ke bilik mayat. aku lihat sekujur tubuh diselimuti kain terbaring atas katil besi. Ya Allah. aku tak mampu nak hadapi semua ni, terjatuh aku kelantai, berjujuran airmata dah tak dapat aku nak kawal. tapi aku tetap beristighfar. aku cuba tenang. aku teman dia kat sana, duduk aku disamping dia, aku bacakan surah yassin buatnya. menitis nitis airmata yang jatuh. aku tak dapat nak tahan. aku belum kuat nak tatap wajah dia lagi waktu tu. sampai lah jenazah selesai dimandikan dan dibawa pulang kerumah. ikatan dibuka untuk diberi peluang bagi sesiapa yang mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. saat itu aku rasa seperti jantung aku nak gugur. aku tak mampu nak buat apa apa selain mengalirkan airmata dan berselawat tidak henti henti. aku duduk menghadapnya, diatas kepalanya sambil aku berkata dalam hati, yang aku sangat sayangkan dia. moga moga dia mendengar apa yang aku katakan kepadanya itu. yea, saya sangat sayangkan awak.

jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan. aku ikut arwah dari belakang. aku taknak jauh dari dia sikit pun sebelum dia hilang dari pandangan aku buat selamanya. selawat, istighfar dan doa tak putus putus aku ucapkan. sehinggalah selesai pengebumiannya, MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM. dapat aku tabur bunga di atas pusaramu, surah yassin aku hadiahkan buatmu, Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu Kau lebih sayangkan dia. sebab itu lah Kau panggil dia pulang lebih awal dari kami yang lain. aku redha Ya Allah, aku redha.

aku tunggu sampai masa jodoh kami datang, aku tunggu dengan sabar walaupun aku pernah berniat nak lupakan dia. tapi demi Tuhan, aku tak mampu, aku tak mampu nak lupakan dia. aku terlampau sayangkan dia. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosanya semasa hidupnya, Kau cucurilah rahmat keatas rohnya dan Kau tempatkan lah dia di dalam kalangan orang orang yang beriman dan terpilih. Amin.

awak, awak ampunkan lah segala kesalahan yang pernah saya buat pada awak selama hubungan kita bersama dan sampai lah kenafas terakhir awak. awak halalkan lah makan minum, duit yang awak dah bagi kat saya selama ni. begitu jugak dengan saya, saya dah lama maafkan jika awak ada tersalah dengan saya, makan minum atau duit yang saya beri, semuanya memang dah saya halalkan sejak dari dulu. awak sendiri tahu, awak bukan orang lain pada saya, awak orang yang sangat penting dalam hidup saya. awak orang yang saya sangat sayang, awak cinta pertama saya. sayang saya pada awak tak kan pernah hilang sampai bila bila. saya akan tunaikan permintaan terakhir awak untuk lihat saya berjaya dalam hidup. awak perhatikanlah saya dari atas. jika bukan disinilah jodoh kita, saya berdoa, supaya kita akan bertemu jodoh di atas sana nanti. jodoh yang suci dan kekal abadi. Amin.


MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM.
semoga awak tenang, aman dan tenteram disana.
saya sayang awak sampai bila bila. sayang seperti udara   :')
kita jumpa disana kelak, InsyaAllah. Amin.
Al-Fatihah.

Monday, July 25, 2011

waiting for a miracle.

menggeletar seluruh tubuh aku sejurusnya aku dapat berita paling buruk yang pernah aku dapat. message dari Lela, dari Sincan. PIPA, ALONG ACCIDENT, TERUK. 50-50.
berjurai airmata, jantung berdegup kencang, lemah seluruh badan, Tuhan saja yang tawu masa tu. aku terus call mak, ayah. bagitahu aku nak balik, aku nak balik jugak. aku nak tengok along. tapi mak ayah kata kalaw boleh tak perlu balik, banyakkan berdoa saja dari jauh. yea, aku tawu, aku baru je balik semalam. and aku tahu esok, lusa and the day after tomorrow aku ada test. tapi apa yang aku fikir, along lebih penting dari semua tu buat masa ni. aku dah tak tahu apa lagi yang perlu aku buat selain daripada bersabar, berdoa dan baca surah Yassin. sesungguhnya aku masih sangat sayangkan insan yang bernama MUHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM itu. aku rindu dia setiap saat. aku tak sanggup bila dapat tawu dia macam ni. Ya Allah, dah banyak sangat dugaan kaw berikan pada dia. betapa susahnya di jalani hidup dia, aku tahu semua. tapi dia kuat, yea, dia seorang yang sangat kuat menghadapi segala masalah yang mendatang. Ya Allah, aku bermohon padaMu, Kau selamatkanlah along Ya Allah, Kau berikanlah dia peluang untuk dia teruskan hidup dia dengan lebih sempurna. janganlah Kau ambil dia daripada keluarganya dan orang orang lain yang sangat sayangkan dia. aku mohon padaMu Ya Allah. selamatkanlah dia. aku mohonnn. Kau ciptakanlah keajaiban untuk dia. Amin YaRabbal Alamin.


awak, saya rindu, teringin sangat nak tengok awak happy senyum macam ni lagi. saya rindukan awak, rindukan semua ni. awak bangunlaa, awak jangan tidur lama sangat, tak elok. saya tawu awak kuat. awak kuat sangat. awak bangun okay   :')
Ya Allah, Kau kembalikan lah senyuman ini kepadanya. Amin. 

Saturday, July 23, 2011

back to the reality :)

yeahh bobo.
finally, done with kenduri semalam and tadi. kenduri marathon sungguh   =="
banyak beristighfar aku harini bo. yeala, mana tak nyaa. pressured kena siapkan assignment by today jugak sebab naik cuti ni terus nak submit. mana dengan masalah hati yang berduka lagi ni, aisshhhh. dah tu pulak, tak cukup lagi. ya ampunnn, Tuhan je yang tawu macam mana hati aku dupdapdupdap masa tu. petang tadi laah, before kenduri malam, kami kami cousin ni, dok merayau lagi kesana kemari, tu jelaah keje. jalan punya jalan. mata aku terpandang tepat kat sorang manusia yang memang aku macam kenal. yea, sumpah aku kenal dia, dan aku rindu dia, no doubt. Along! by the time aku nampak dia, aku rasa nak menangis pun ada. tak sangka dapat tengok dia lagi, even dari jauh and sekali lalu je. hey, saya rindu awak tahu! rasa macam nak berenti je tadi and pegi kat awak, and cakap. saya rindu awak   :')
tapi syukurlaah, dapat nampak muka awak punn saya dah rasa macam senang hati sikit before saya balik penang. awak take care tahu, kerja tu rajin rajin. and selamat berpuasa lagi seminggu ni   :)
okay, tutup cerita pasal along. (akan bersambung pada episode yang kelima nanti nanti okay bo)

next, is all about him   :)
haihh, baru laah aku rasa, yang aku ni sayang kat dia rupanya. kalaw tak, tak kan laa aku rinduu dia sampai macam ni sekali. sehari selepas kejadian, aku still tak ubah apa apa lagi pun dekat fon aku, laptop aku. still wallpaper muka dia, I Love Him tertulis as contact name. tak ubah apa lagi punn. sayang   :')
tapi sekarang, semua aku dah ubah. sampai bila taknak ubah, angau balik aku jadinyaa nanti.
tu laa kaw fa, dulu kaw kata kaw tak sayang, tapi bila dah jadi macam ni, baru laah kaw sedar yang kaw sebenanya sayang kaann. hahh, padann!
maybe memang belom sampai lagi jodoh kaw dengan dia ataupun dia. yea, dua lelaki yang pernah ada dalam hidup kaw ni, yang sangat berbeza tapi satu je yang sama. kaw sayang dua dua budak ni. haihhh   =="
wahai dua dua A gua ni. silalahh jaga diri kalian yea. sesungguhnya gua sangat merindui dan menyayangi kalian berdua. aicehhh. parah dah kaw ni fa. satu je patut, mana boleh dua dua gilaaa!

whatever it is, jumpa raya nanti saja okay. esok gua dah balik penang dah bo. bakal menjadi student yang paling busy dalam daerah   =="
ni dah pepagi buta dah ni aihh, bukannya reti budak ni nak memacking baju dia ni. sebab kali ni, aku rasa berat sangat nak tinggalkan bp, tak tawu kenapa, tapi sumpahh rasa lain sangat, tak macam biasa.
maybe sebab, baru lepas meninggalkan dan ditinggalkan kott. rasa rindu masih segar   :')

see yaa bo. lepas ni maybe lama tak jumpa kaw. selamat berpuasa   :)

Friday, July 22, 2011

one month and thirty days :')

yess bo!
selang beberapa jam lepas aku update blog before ni. aku dan dia akhirnya, terlerai jugak. sebulan tiga puluh hari, yes. lagi sehari je nak masuk dua bulan. haihhh.
aku tarik nafas selega leganya waktu aku dapat message dari dia. bersyukur sangat aku bila dia boleh jujur dengan aku. aku ingat aku sorang je yang still belom boleh lupakan cerita lama, tapi rupanya dia pun belom boleh lupakan cerita lama dia. haihh, kita sama je, tade beza. dah kena guna guna dengan ex kita tu wak   :p
tapi saya lega, awak nampak jugak yang kita ni tak serasi. mula mula dulu memang lah kita okay, berbunga bunga and awak sweet sangat. i loved when you kiss my forehead, sebak je rasa macam nak menitis airmata   :')   (yea, gua sedang menangis)
tapi lepas ni dah takde dah tu semua. perempuan lain pulak yang dapat sweet forehead kisses dari awak tu.
even awak ni kadang kadang menyakitkan hati tapi saya dah tersayang awak. but then saya tak boleh nak simpan awak lama lama kalaw kita memang dah tak serasi. mungkin kita masing masing amik keputusan terburu buru sangat nak couple dulu kan. patutnya kita kenal betul betul dulu even kita dah kenal dua tahun lepas. saya rasa memang ni yang terbaik buat kita. sorry sebab saya tak sempat nak bagi apa apa yang special untuk awak ingat dalam masa kita masih lagi couple padahal saya dah ada plan nak buat apa untuk awak, tapi apa daya. tak kesampaian   :')
hey, saya sentiasa doakan supaya awak akan dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. yeala, saya ni boring kotttt, kannn   :p
and hey, kalaw ada jodoh, kita jumpa lah lagi yea. saya sayang awak   :')


haihh, mula mula aku rasa lega bila kita dah berkawan balik. tapi tak sampai berapa minit, aku dah rindu kaw duhh. like seriously, i do miss youu muhammad alif farhan. goodbye, see you   :')
(yea, saya masih lagi menangis) teruskan menangis, bye.

i can't be with you i guess.

finally, aku termenangis jugak sebab kaw.before ni aku tak penah sangka yang aku akan menangis sebab lelaki lain selain daripada along. but at last, aku terkandas jugak. dekat mulut harini cakap lain. tapi yang jadik esok lusa siapa pun tak tahu. aku dah fikir semasak masaknya. kita tak boleh bersama, yess. tak boleh. awal awal dulu, saya masih boleh ikut cara awak, tapi makin hari makin saya tak boleh nak kejar awak, tak boleh nak ikut cara awak. saya sunyi   :'(   orang lain sentiasa ungkapkan 'untonglaaahh' kat saya. tapi dalam hati saya, tade sape pun yang tawu. hey, let's two of us just be friends   :')   saya rasa ini yang terbaik untuk kita.
lagi pulak, saya rasa saya tak cukup layak untuk awak. awak pandai, awak datang dari kalanagan orang yang ber-ada, dan awak ada rupa. sedangkan saya, banyak kekurangannya. kita berbeza. awak tak rasa ke yang kita ni takde keserasian? saya rasa tu.
tinggal masa je yang tentukan semua ni, saya dah bersedia nak tempuh semuanya. sebelum saya jadi bertambah sayang dekat awak, lebih baik saya sedar. walaupun sememangnya saya dah sayangkan awak sangat. tapi buat apa kalaw saya je yang sayang sedangkan awak? saya sendiri pun tak pasti pasal tu.
saya menghitung hari nak terus terang pada awak pasal semua ni. antara dua, sama ada dalam pada masa saya menghitung hari ni awak berubah ataupun masih tetap sama. itu saja yang saya tunggu.
kalaw masih jugak takde perubahan dalam relationship ni, kita berkawan saja okay?   :')
tapi saya teringin, before kita berkawan semula, nak bagi something special untuk awak. at least ada lahh kenangan yang saya bagi kat awak sementara kita masih lagi bergelar 'couple'
awak tunggu jelahh yea masanya.

sacrifice is must to be done if you love someone.
iloveyouumuhammadaliffarhan   :')

Thursday, July 21, 2011

apa masalah aku agaknyaa lah kan bo?mixed emotion tak habis habis. tadi gua usha usha balik Myspace bodo bodo zaman kanak kanak dulu. tengok gambar, comment comment jadahh. bapakklaahh kelakarr. hahahhh.usha sekali dia punya myspace. kat situ jugak laah first time nyaa kitorang kenal. you think it's lame? haha, agakk laah.tiba tiba aku rasa down gilaa bila baca last status dia even status tu di update on last year.rasa macam aku dah fikir semasak masaknyaa lah pasal hubungan ni. tapi aku dah tersayang. sekali aku dah sayang orang, sampai bila bila pun aku akan sayang orang tu. aku tak tahu aku tahu aku tak tahu. kalaw nak dibandingkan dia dengan dia yang lagi sorang tu. jauuuuuuuh sangat bezanya hahh. sejahat jahat mana cinta lama aku tu, dia tetap tak pernah abaikan aku. dia sentiasa ada untuk aku   :'/i need someone who really care about me, protect me all the time. and always be with me, even not all the time. but just pleasee do care about me. not to ignored me like i never have a boyfriend. tak kesiaan? you said that you love me. but you never prove it. cuma jaminan yang kaw bagi. aku pun boleh camtu.bila time jumpa je aku rasa yang aku ni ada boyfriend. bila dah balik, aku rasa macam aku single gilaa baaabi punyaa. fon aku tah kemana mana lagi tah. yealaa, tak beringing pun dari kaw. aku tak kesah laa kalaw pasal tak suka text ke apa. aku faham laah, dah besar kaan. all i wanted is just a message or call from you, tell me that you do well with your day. itu sahaja, dah cukup. aku tak mintak banyak. sedihh gampang gua camni duhh. aku tawu aku tak boleh nak ubah kaw, tak boleh nak paksa kalaw bab bab camni. tapi aku harap kaw sendiri berubah. itupun kalaw kaw betul betul sayangkan aku. dulu aku tak kisah, tapi sekarang kenapa ehh aku gelabah tak tentu pasal? sebabnya aku dah mula sayangkan kaw. yes, i have fall for you.
*take a deep breath anddd huhhhhhh. relieved. lama aku pendam benda ni. lega rasa bila dapat luahkan. lepas ni hanya mampu berdoa saja. ya Tuhan, kaw tunjukkan lah segala galanya untuk aku. Amin.




just cry efa. let your tears burn the sorrow.



mohamad rohimi bin abdul rahim episod empat :')

whatsup bo!
episod empat dah nampaknya, waahh. nak habis dah ni   :p
haahhh, esok paginyaa aku pegi sekolah dengan lemah longlai. niat nak setelkan semua. nak ramas ramas pompuan tu. ohh lupa, haa. pompuan tu budak form 3 kat sekolah time tu. nak PMR pun berangan lagi dok meghoyan dengan pakwe orang. haihh, panas betol gua dengan lu dek. badan kecik, cakap belakang berani, depan depan bisu kaw. along pun sama, menggatal. hamik kaw kena tampar dengan aku 3 kali depan bebudak kelas kami. kejam sungguh gua ann. ahh mampus, dah tak fikir apa dah masa tu. yang aku tawu nak putus. along pulak taknak. aku nak jugak. dia taknak jugak. aku geram aku campak fon kaw depan sekolah. padann!
fine, taknak putus. kaw jangan kawan dengan pompuan tu lagi. tapi selang bapa hari kaw buat lagi, kaw still contact dia. aku dah tak mampu nak buat apa dah. aku anggap, kaw dah tak sayang aku lagi, kaw mesti sayang dia kan. sebab if kaw sayang aku, kaw tak kann sayang dekat orang lain dahh.
sebulan aku tak makan sebab kaw duhh along. orang buka puasa, aku terus puasa sampai malam then sampai ke esoknya. hebat!
kaw cuba pujuk aku. sorry aku belom boleh terima. kaw datang rumah bawak benda benda yang aku suka. chocolate sepapan besar punya, susu dutch lady botol paling besar dengan sehelai T-shirt belang belang hitam putih. aku ingat sangat semua tu   :)   tapi still jugak aku tak angkat call kaw, tak reply message kaw yang merayu rayu tu. untuk apa kaw merayu kalaw kaw tak boleh nak ikut apa yang aku suruh buat. tapi kaw ni degil, sebuk carik aku lagi. last last sampai aku cair jugak. baaabikkkk!
dua malam before raya. ehsan datang rumah. cerita semuanya kat aku pasal kaw dari A sampai Z. fikir dua tiga kali aku terima kaw balik haritu. macam macam hal lahh kaw long. penat aku kaw tahu tak tu?
aku cari mana janji janji yang kaw bagi kat aku dulu. tapi kalaw dah namanya lelaki, memang macam tu kann Bo?


mohamad rohimi bin abdul rahim episod tiga :')

form 5. SPM.
sekukuh kukuhnya tiang rumah sekalipun, kalaw dah dihempas ombak tsunami. runtuh runtuh.
macam tu jugak hubungan aku dengan along. katanya sayangkan aku macam angin (udara) sebab angin sentiasa ada dalam hidup, tak kan hilang sampai bila bila. ayat tu paling aku ingat sampai sekarang. katanya mati saja yang dapat memisahkan. katanya hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya dia kat aku. baikk. mari kita lihat.
bulan ramadhan tahun 2008. kaw dah mula naik hantu, kaw dah mula buat hal.
time tu nak trial SPM kott, agak agak lah weyh. memang laah aku nak study, focus apa semua. bukannya aku lari dari kaw pun kann. bulan puasa pulak tu, memang laah kena elak maksiat, cuma tak nak kaw hantar aku balik rumah naik motor lepas sekolah je kan. tak keluar dating pun cuma sebulan bukan setahun pun. tu pun tak boleh nak sabar?
aku setia kaw setia. aku percaya kaw kaw percaya aku.
tapi bila aku dah terlampau percaya, kaw amik kesempatan pulak dahh.
aku ingat lagi. malam tu aku ada latihan zapin kat rumah aini. show untuk time raya lagi bapa minggu. macam biasa balik tu kaw amik aku then antar balik rumah. dah lama aku tak tengok fon kaw kan. tiba tiba dalam perjalanan balik malam tu aku tergerak nak check fon kaw. terseluk seluk tangan aku kat pocket jeans kaw tu.
damn! kaw sumpaahh jahat. kaw text sayang sayang dengan perempuan lain. dah tu kalaw yea pun tak payah laa nama perempuan tu nak sama pulak kan dengan nama aku haa HAFIFAH. nasib aku tade H depan belakang tu. faaxxx!
kenapa duh kaw long? jantung aku time tu jugak rasa macam meletop kaw tahu! peritnyaa yaa Tuhan. Dia saja yang tahu. bila aku tanya apa benda sume tu, diam pulak kaw tak berkata kata ehh. malam tu aku bawak balik terus fon kaw. haahhh, selongkar habis aku fon kaw tu. geraaammmmmm!
aku tengah marah, nanti nanti sambung balik. k dah bye!

mohamad rohimi bin abdul rahim episod dua :')

dah setahun. means, dah form 5 laah kan?
yup, cinta zaman zaman sekolah memang seronok, tak sunyi, happy sentiasa. boleh belagak dengan orang lain, hey, aku ada boyfriend, kaw ada? hahahh. lagi lagi boyfriend yang sangat dikenali pulak kan. memang tak laah kalaw gua nak bagi lepas along time tu. dah sayang gilaa dah ni. apa aku nak semua dia bagi padahal segan nak mintak tapi kena paksa suruh mintak jugak apa apa. deyy ini budakk.   =="   hidup aku dia tanggung pulak kan. kadang kadang time rehat kat sekolah tetiba bagi aku duit makan padahal tak mintak pun. balik sekolah memang kewajipan dia mengantar aku balik rumah, kalaw dia ada kelas, aku tunggu dia. kalaw aku ada kelas, dia tunggu aku, tak pun dia balik dulu pastu baru datang balik amik aku bila kelas aku dah habis. topup segala bagai jangan cakap lah, memang dia je yang topupkan aku. balik sekolah text balik sekolah text. tak bosan agaknya korang ni dah hari hari jumpa kat sekolah, balik sekolah berantar kerumah bagai. pun tak cukup lagi? aishh. dia bukanlah dari kalangan orang yang senang, tapi dia rajin mencari kesenangan. even aku tak galakkan tapi dia tetap kerja masa sekolah. carwash. kerja paling popular dalam kalangan budak budak sekolah time tu. masuk kerja petang sampai malam, esok pagi pegi sekolah. macam tu jelaa dia hari hari. anak lelaki katanya, sulong pulak. ada awek segan nak mintak mintak mak abah kalaw nak beli apa apa, nak dating, minyak motor lagi. humm, bagus budak along ni   :p
one more thing, dia suka belikan aku rantai. selama dengan dia, dah tiga empat rantai dia belikan aku. tak kesah laah murah ke mahal. for me what's important is the sentimental value.
yea, saya suka dengan kejujuran dan keikhlasan awak mohamad rohimi.
thanxx for everything. yess, everything   :') 

Wednesday, July 20, 2011

mohamad rohimi bin abdul rahim :')

along.
seorang yang penyayang, caring, pemurah, and he's very protective towards me and his family and sometimes towards my siblings. dan yang paling gua suka, he's non smoking.
yea bo, kali ni memang aku nak bercerita sakan pasal dia ni je.
itu baru yang positive, yang negativenya dia ni, panas baran terlampau lampau. cemburu membabi buta even dengan male cousin and uncle aku sendiri. tapi tu lah yang membuktikan betapa sayangnyaa dia dekat aku.
bermulanya kami pada 7 januari 2007. waktu kitorang form 4. tak sebelah belah kelas laah pulak, jeless kann? hahahh.
setahun sebelom 7 januari 2007 ni memang gua dah usha dia baekk dari jauh dik. setahun taw, haahh, kaw mampuu? cerita punya cerita, dia pulak kata yang dia pun dah usha gua baekk punya since 2005. bapaakklaahh kaw lagi awal, halahhmakk kecohh.
jadi apa tunggu lagi? bercinta lahh kami pada saat itu.
pada mulanya, memang lahh pelik, janggal. yeala baru lagi kann. memang yang ada jantung bergoncang goncang je when the first time he hold my hand. he was hold me tihgtly, it was warm and i feel safe. yess, i can feel that.
setiap kali dia ada dengan aku, sebelah aku, aku rasa paling selamat. dia jaga aku baik. tapi permulaan ni terhenti sekejap in a few month later.
dia kantoi scandal dengan kawan sekelas, sekampung aku sendiri. hampir hampir putus. hahahh, korang pernah rasa? sakit bodoe, paling sakit sebab aku tak mampu nak buat apa apa. aku memang kalah, lemah kalaw bab bab kawan ni. even aku dah tawu, but i just pretend like i never know bout them.
hubungan ni belumlahh setahun time tu and of course lahh belom perfect mana kann.
dalam belom setahun tu dia memang lame, lame gampang punya. tak sweet sangat, tak romantik sangat. biasaalaah tu normal baru lagi kan. sampai lahh satu hari aku dah xboleh handle lagi ke-lame-an dia tu. aku terus terang, aku luah semuanyaa kat dia. naahh, hamik kaw.
meleleh leleh air mata kaw, takut sangat aku nak tinggalkan kaw. aku nak betulkan keadaan jelaah pun. daannn, hasilnyaa. dia berubah. berubah serta merta sangat.
aku laah perempuan paling beruntong, paling bahagia dalam dunia lepas dia dah berubah tu.
syukurlaah even benda ni semua cuma sementara saja :)
dah, aku penat. nanti nanti sambung balik. bye.

a confused gal.

hey bo.
my life has gone. apa laah weyh? confused dengan apa yang aku ada sekarang. kenapa? kenapa terima kalaw xbetul betul sayang? semata mata sebab nak lupakan perkara yang lepas? kenapa teruskan kalaw dah tawu semua ni macam dah tak boleh nak terus lagi? sebab mungkin ada hikmah disebalik? ahh, sembang boleh. kaw buat semua ni buta buta sebab kaw nak hapuskan ingatan lama kaw. kaw ingat berhasil ke kalaw kaw xbetul betul ada niat nak lupakan even macam macam cara kaw cuba buat? good try fa good try. tapi hakikatnyaa? haahh, kaw sendiri jawablaah weyhh ;(
sekejap kaw kata kaw sayang, kejap lagi kaw kata kaw tak tawu. sumpaahhlaah confused kaw ni kann. sebab tu orang cakap, biar cinta yang datang dekat kita, bukan kita yang pergi carik cinta. tapi bukan aku yang sibuk sibuk pergi carik. benda ni yang datang time time memang aku tengah perlukan untuk buat aku lupakan benda yang paling susaaahhhhhhhhhhh aku nak lupakan dalam dunia ni.
yea, memang aku terima dia sebab aku nak lupakan dia yang lagi sorang tu. jahatkann aku. hahahh. tak laa jahat sebab actually aku dah lama admire kat kaw since the first we met in social networking. hahh, dia memang tak tawu pasal ni, sengaja malas aku nak bagitawu, hahahh.
sorry sayang, i have to do this. but then i will try my best to get to know you deeply okay. Insyaallah, kalaw ada jodoh tetap sampai jugak jodoh tu. kalaw tidak, saya sentiasa doa supaya awak dapat jodoh yang lebih lebih lebih baik dari saya. iloveyou sayang (see, i love you lagi, tapi?) huhh, malas aku nak layan kaw ni fa.
dah bye.
morning Bo :)
macam yang aku janji, harini aku mulalaah nak bercerita pepanjang dengan kaw ouhkay.
semester dua :
takde apa special sangat punn laah. pointer daripada sem satu naik ke sem dua, meningkat dengan mendadak, cik Fairuz pon boleh sound pointer gua naik tinggi apahaal? anak sapa? anak dia jugak ann. haha. apapun syukur Alhamdulillah :)
semester dua gua still free hair lagi pegi class, yeala zaman baru nak naik kann. ahhaaahh, tak boleh belaah kaw Fa.
ohh haaahh. semester dua punya zaman percintaan. aku masih dengan mohamad rohimi bin abdul rahim aka along lagi. 4 tahun dah aku dengan dia time tu. tapi yealaah, cinta jarak jauh kaan. masakan pokok pun makin lama makin layu, daun sehijau hijau bumi pun jadi kering and at last gugur, apatah lagi hubungan cinta sesama manusia. nak tak naak kena tahan jelaa kerenah dia sayang punya pasal kann. even though harini baik esok gaduh, harini baik esok gaduh, aku tetapp jugak sayang dia. pehaal tahh =="
dalam pada tu pulaak, datanglaah seorang jejaka tampan gagah perkasa. ahmad haziq abdul razak nama beliau. iceehhh. civil engineering, taiping perak, baik, caring and chinese look orangnyaa. pada dia lah aku cerita if aku ada masalah. and he was a very good listener, no doubt. he was always there for me when i needed, just right by my side.
segala nasihat yang dia bagi, kata kata semangat. humm, Fa ingat lagi Ziq. sorry haziq, fa tak boleh nak terima haziq time tu sebab fa dah ada along. terus terang memang fa dah sayang haziq but then again sayang along dah batasi semuanyaa. fa masih ingat lagu yang ziq dedicated untuk fa dulu. Puspa, putuskan saja pacarmu. hahaaahh, jahat jugak kaw ni ehh ahmad haziq :p
tapi apapunn, awak antara lelaki yang baik yang saya pernah kenal haziq. lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, saya ni belum cukup baik untuk awak laah pakcik. sentiasa doakan supaya ziq dapat jumpa perempuan yang lebih baik dari fa okay.
by the way, thanxx untuk kenangan tepi pantai ouhkay ahmad haziq ;)

mama & papa has gone ;D

new life has begin :)

Bismillahirrahmanirrahim.
yess, setelah berjuta tahun aku tinggalkan kaw sendiri wahai blogg yang sunyi. memang aku sengaja sebab aku malas nak bercerita bagai ni ahh. tambah tambah busy lah pulaak kann beberapa sem ni, maklom, senior laah kann. (achik kaw laah Fa belagak ==" ). tapi yang penting memang gua senior, apahaaal lu orang?
but then, tiba tiba aku tergerak hati nak hidupkan balik blogg ni because sometimes i don't know for whom i wanna throw my shoutss :'O
daaann, dengan ini dengan rasminyaa aku menamakan dikau BOBO wahai blogg saya yang kesepian. iceehhh, palinglaaahh comel nama aku bagi kat kaw tawu. lepas ni Insyaallah aku rajin rajin jenguk kaw yea bo. ;) <3
daripada laah dulu sampai ni aku rasa aku belom lagi nak mengfollow sesapa sebab aku dah ada kaw dah bo. biar kaw je yang tawu dulu segala masalah aku bagai yea. tunggu kaw dah setahun jagung kot baru aku follow orang orang ni, hahaahh.
ohh, since aku dah tinggalkan blog ni daripada semester dua and untuk berlaku adil, aku akan cerita sikit demi sikit pasal sem sem yang dah berlalu ouhkay.
tapi, nanti nanti laah ehh. aku penat laahh bo, mengantuk pulaak tu. haihh.
tido dulu, bye. ;)