Thursday, July 28, 2011

akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua.

27 julai 2011. tarikh Tuhan datang mengambil dan membawanya pulang keatas.

sehari sebelum tu, 26 julai 2011, 10.30 malam. waktu bas aku dari penang bergerak ke batu pahat. memang sebelum tu, aku buat keputusan untuk tidak pulang ke batu pahat, di atas sebab sebab yang aku rasa aku memang tak dapat nak balik, hanya doa yang mampu aku utus dari jauh. tapi bila dah berderet deret message yang masuk bagitawu yang dia makin lemah, nadi dia lemah, tiada sebarang improvement. dia hanya mampu menitiskan airmata apabila mendengar bisikan daripada teman teman, ahli keluarga dan ibunya tercinta. aku dah tak mampu nak tahan lagi, dah tak dapat aku nak tahan perasaan nak balik jumpa dia. dengan tak fikirkan apa apa, aku terus bergerak ke jeti, beli tiket bas dan 10.30, aku bergerak pulang, bersama dengan doa doa kepada Allah supaya dia sedar.

sepanjang perjalanan pulang dalam bas. aku tak dapat tidur nyenyak. setiap kali phone ringing, aku jadi takut nak tengok apa yang diorang nak sampaikan. aku takut, aku sumpah takut sangat. dan setiap kali aku tidur, aku celik, mesti aku nampak kubur, aku tidur lagi, aku celik, aku lalu sebelah kubur lagi. Ya Allah, itu ke petanda yang kau beri pada ku? Ya Allah.

8.00 pagi 27 julai 2011, aku sampai batu pahat. sampai je rumah, aku betenang, terlelap mata seminit dua. aku bedoa banyak banyak sementara tunggu ena sampai nak amik aku pegi hospital nak tengok orang yang aku sangat sayang sedang terlantar koma. lebih kurang dekat pukul sebelas. ena da sampai, aku dah siap. kitorang baru je nak langkah kaki keluar pintu rumah aku. lela, dia call. mulanya aku menggeletar nak angkat sebab aku memang takut nak angkat. tapi aku kuatkan hati, aku angkat jugak call tu. lela tenang, dia tanya aku kat mana? aku marah dia kenapa call aku, dia buat aku takut. dengan tersekat sekat lela menjawab, PA, ALONG DAH TAKDE PA, ALONG DAH MENINGGAL, DIA DAH TAKDE PA.

Ya Allah, Ya Tuhan. Kau saja yang tahu perasaan aku masa tu. seperti seluruh tubuh badanku dah hilang rasa. takde sepatah apa pun yang keluar dari mulut aku. aku tarik nafas sedalamnya dan aku ucapkan, INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN. Ya Allah, kenapa begitu cepat Kau ambil dia pulang sebelum aku sempat berjumpa dengan dia, sebelum aku sempat nak berbisik kat telinga dia, sebelum aku sempat nak usap tangan dia, cium dahi dia. Ya Allah, jika ini yang telah Kau takdirkan, aku redha. aku redha dengan ketentuanMu Tuhan. sesungguhnya Kau lah pemilik seluruh alam semesta ini. dan telah Kau pinjamkan kepada kami segalanya dan perlu juga kami pulangkannya kembali kepadaMu Ya Allah. kami semua juga akan turut pulang kepadaMu, cuma waktu saja yang membezakan. aku redha Ya Allah, aku Redha.

aku bergegas terus ke hospital, terus ke bilik mayat. aku lihat sekujur tubuh diselimuti kain terbaring atas katil besi. Ya Allah. aku tak mampu nak hadapi semua ni, terjatuh aku kelantai, berjujuran airmata dah tak dapat aku nak kawal. tapi aku tetap beristighfar. aku cuba tenang. aku teman dia kat sana, duduk aku disamping dia, aku bacakan surah yassin buatnya. menitis nitis airmata yang jatuh. aku tak dapat nak tahan. aku belum kuat nak tatap wajah dia lagi waktu tu. sampai lah jenazah selesai dimandikan dan dibawa pulang kerumah. ikatan dibuka untuk diberi peluang bagi sesiapa yang mahu melihat wajahnya buat kali terakhir. saat itu aku rasa seperti jantung aku nak gugur. aku tak mampu nak buat apa apa selain mengalirkan airmata dan berselawat tidak henti henti. aku duduk menghadapnya, diatas kepalanya sambil aku berkata dalam hati, yang aku sangat sayangkan dia. moga moga dia mendengar apa yang aku katakan kepadanya itu. yea, saya sangat sayangkan awak.

jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan. aku ikut arwah dari belakang. aku taknak jauh dari dia sikit pun sebelum dia hilang dari pandangan aku buat selamanya. selawat, istighfar dan doa tak putus putus aku ucapkan. sehinggalah selesai pengebumiannya, MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM. dapat aku tabur bunga di atas pusaramu, surah yassin aku hadiahkan buatmu, Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu Kau lebih sayangkan dia. sebab itu lah Kau panggil dia pulang lebih awal dari kami yang lain. aku redha Ya Allah, aku redha.

aku tunggu sampai masa jodoh kami datang, aku tunggu dengan sabar walaupun aku pernah berniat nak lupakan dia. tapi demi Tuhan, aku tak mampu, aku tak mampu nak lupakan dia. aku terlampau sayangkan dia. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosanya semasa hidupnya, Kau cucurilah rahmat keatas rohnya dan Kau tempatkan lah dia di dalam kalangan orang orang yang beriman dan terpilih. Amin.

awak, awak ampunkan lah segala kesalahan yang pernah saya buat pada awak selama hubungan kita bersama dan sampai lah kenafas terakhir awak. awak halalkan lah makan minum, duit yang awak dah bagi kat saya selama ni. begitu jugak dengan saya, saya dah lama maafkan jika awak ada tersalah dengan saya, makan minum atau duit yang saya beri, semuanya memang dah saya halalkan sejak dari dulu. awak sendiri tahu, awak bukan orang lain pada saya, awak orang yang sangat penting dalam hidup saya. awak orang yang saya sangat sayang, awak cinta pertama saya. sayang saya pada awak tak kan pernah hilang sampai bila bila. saya akan tunaikan permintaan terakhir awak untuk lihat saya berjaya dalam hidup. awak perhatikanlah saya dari atas. jika bukan disinilah jodoh kita, saya berdoa, supaya kita akan bertemu jodoh di atas sana nanti. jodoh yang suci dan kekal abadi. Amin.


MOHAMAD ROHIMI BIN ABDUL RAHIM.
semoga awak tenang, aman dan tenteram disana.
saya sayang awak sampai bila bila. sayang seperti udara   :')
kita jumpa disana kelak, InsyaAllah. Amin.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment