9 ogos 2011.
takkan aku pernah lupa tarikh ni. momo, cha, min, daph, teha, aidil, wani, fara, dila, edy and madi. sungguh aku tak sangka dengan surprised yang mereka buat untuk aku. :')
tak terkata, terdiam aku tak boleh nak buat apa apa selain dari, mengalirkan airmata sekali lagi, tanda gembira mereka menyambut hari lahir aku. aku tahu, mereka cuba buat aku gembira setelah apa yang aku dah lalui dalam beberapa minggu lepas.
sangat aku hargai, sangat aku berterimakasih. chocolate cake, chocolate, batik cake, music bear, owl keychain, love frame. tak cukup lagi dengan ucapan ucapan, ciuman pula :')
sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka semua. mereka berjaya membuat aku tersenyum, happy pada waktu itu. sehappy mana pun aku, tetap aku tak lupa tentang Dia dan arwah yang berada di atas sana.
aku hanya mampu tersenyum bila melihat keatas langit, membayangkan yang dia nampak dan melihat aku tersenyum pada saat itu :')
sekali lagi, terimakasih tidak terhingga buat mereka. takkan pernah aku lupakan mereka.
aku sayang korang semua :') <3<3<3
Wednesday, August 10, 2011
Tuesday, August 9, 2011
9 0gos 1991, selamat hari lahir :’)
Hari ni genap aku berumur 20 tahun. Sekejap saja aku dah masuk ke alam puluhan.
Mak, ayah, alip, adik, sepupu sepapat tersayang, kawan kawan yang sentiasa terbaik buat aku. Yea yang penting semuanya, wish birthday aku. Aku sambut dengan tangisan gembira je la, sebab masuk ni dah 3 tahun aku tak dapat sambut birthday disamping orang orang tersayang, family, cousinz, friends kat Bp dan yang penting.....
Arwah.....
Yea, buat pertama kalinya aku rasa yang birthday aku takde makna apa apa tanpa dia. Kali terakhir dia mengucap selamat hari lahir untuk aku, tahun lepas, 2010. Waktu tu aku dengan arwah tengah bergelora, ada masalah sikit, biasa la, asam garam dalam hubungan. Waktu tu masing masing tengah perbaiki diri masing masing untuk berbaik semula dan kitorang sentiasa sabar menununggu sampai masanya jodoh kitorang datang balik.
“selamat hari lahir, semoga panjang umur, saya memang masih sayangkan awak lagi sayang”
Sebaris ayat ni saja dah buatkan aku rasa bahagia tersangat. Tapi tidak untuk tahun ni dan tahun tahun yang akan datang. Tak kan ada lagi semua ni. Dia pergi tinggalkan aku sekali lagi, tapi kali ni bukan untuk sementara, untuk selama lamanya. SUBHANALLAH. Tapi memang aku dapat rasakan yang sememangnya dia masih ada disini. Dia tak pergi kemana mana pun :')
Kebiasaannya, aku terima sekalung rantai, hadiah daripada arwah. Dan sememangnya kalaw bukan hari lahir aku pun, arwah rajin hadiahkan aku rantai atau T-shirt, sebagai tanda sayangnya pada aku. Dan katanya, setiap rantai pemberian dia yang aku pakai, akan tergantung sentiasa terletak di atas dada (hati aku), bermakna dia sentiasa ada dalam hati aku :’) yea, memang awak sentiasa ada dalam hati saya, even kalaw takde rantai sekalipun, sampai bila bila awak tetap ada dalam hati saya.
Mohamad Rohimi Bin Abdul Rahim, seorang yang sangat pandai berkata kata. Setiap apa yang dia tak suka buat, mesti ada alasan yang memang boleh diterima. Aku pernah mintak dia belikan aku teddy bear, yup, macam perempuan perempuan lain, boyfriend diorang mesti ada bagi teddy bear. Tapi bukan arwah, dia tak suka nak belikan aku teddy bear sebab katanya..... “kalaw saya belikan awak teddy bear, nanti tiap malam awak tidur dengan teddy bear, peluk teddy bear tu, nanti awak lupa saya macam mana?” :’) tersenyum saja aku tiap kali dia cakap macam tu, tergelak pun ada. Awak, kalaw awak nak tawu, tak kan ada apa benda pun yang dapat buat saya lupakan awak, sampai bila bila awak tawu tak? Tak ada.
Aku pernah tanya arwah, dia lebih suka kalaw aku bertudung ataupun tak bertudung? Jawab dia, tak bertudung. Kenapa? Sebab katanya..... “kalaw awak pakai tudung tapi tak betul betul ikhlas dan tak betul dengan caranya nak buat apa? Pakai tudung tapi bila keluar dating, pimpin pimpin tangan, peluk peluk pinggang, pakai seluar baju sendat sendat, naik motor rapat rapat, betul ke caranya tu? Saya tak nak tengok ada orang nilai awak macam tu, pakai tudung tapi perangai sama je macam perempuan yang tak bertudung. Biarlah awak tak bertudung sebab orang tak kan nilai awak sebagai seorang Islam yang mempersendakan Islam. Kalaw awak nak bertudung, biarlah ikhlas datang dari hati, dan bukan sebab terpaksa. Tak pun, lepas kita kahwin nanti, awak pakai tudung okay?” :’) sekali lagi aku tersenyum saja dengan apa yang dibicarakan arwah. Sebak rasanya jika di imbas kembali.
Memang inilah dia arwah. Seorang yang pandai berkata kata, dan setiap apa yang dikatakannya, memang ada betulnya, aku terima dan bangga mendengar. Sesungguhnya, aku sangat sayangkan arwah, rindukan arwah. Moga moga dia mendengar setiap apa yang aku luahkan untuknya, dan moga arwah tenang di atas sana disisi Allah. Amin. Al-Fatihah.
Bermula dari tahun ni, aku harap umur aku yang dah mencapai 20 tahun ni akan buat aku jadi lebih matang, lebih dewasa dari tahun tahun yang sebelumnya. Semoga Allah permudahkan segala galanya bagi aku, untuk aku menjadi insan yang cemerlang, untuk menjadi seorang perempuan yang solehah, anak yang solehah dan patuh kepada mak dan ayah. Untuk menjadi contoh yang baik buat adik adik dan sepupu sepupu. Menjadi kawan yang lebih baik dan lebih memahami untuk kawan kawanku yang sememangnya sentiasa ada untuk aku di saat aku susah dan memerlukan. Ena, Mimien, Cha, Momo, Edy, Fara, Raihan, Lela, Ruza, Fatin, Haikal, classmate dhc, dh5a dan warga dhmc. Kala susah atau senang aku, mereka lah yang paling ada untuk aku, seperti kawan kawan yang lain juga, sentiasa support aku tapi mereka mereka inilah yang paling tak henti henti duduk dibelakang, didepan dan disebelah aku. Disaat aku kehilangan arwah, mereka lah yang ada disebelah aku, mengesat airmata aku, memberi kata kata semangat, cuba membuat aku tersenyum. Yea, aku sangat berterimakasih kepada mereka dan sesungguhnya aku sangat beruntung memiliki sahabat seperti mereka. Aku takkan lupa setiap apa yang mereka buat untuk aku, dan juga kawan kawan lain yang tidak aku tersebutkan namanya. Terimakasih tidak terhingga, aku sayang mereka J
Nur Afifa Binti Samsudin, selamat hari lahir sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga menjadi insan yang lebih baik dan berjaya didunia dan diakhirat. Amin. J
Monday, August 8, 2011
saya rindu awak :’)
masih terngiang ngiang di telinga setiap patah perkataan, setiap ungkapan, setiap kata kata yang aku dengar dan setiap butir message yang aku terima pada 25, 26 dan 27 julai yang lepas. Semuanya seperti baru semalam, masih segar segala galanya dalam ingatan. Dan sebetulnya aku masih lagi tak percaya dengan apa yang dah jadi. Semuanya macam mimpi, mainan tidur semata mata. Dulunya, kalau kami terpisah jika ada selisih faham, kami akan bersatu semula jika masalah dah selesai. Tapi bukan untuk kali ni. Kami terpisah dan tak akan bersatu semula buat selama lamanya di dunia. Yea, mungkin inilah takdirnya, dan aku harus akur dengan takdir Tuhan. Tak pernah aku sangka yang begini lah kisah aku dan dia berakhir, sampai disini saja jodoh aku dengan dia. Terkilan rasanya disaat saat terakhir dia masih sedar, aku tak ada disebelah dia, sehinggalah ke nafas terakhirnya walaupun aku dah sangat sangat dekat dengan dia waktu tu. Cukup terkilan aku, Tuhan saja yang tahu.
Sejak daripada arwah pergi, aku sendiri dapat rasa yang aku bukan lagi aku, apatah lagi orang disekeliling aku. Mesti semua sedar yang aku memang bukan macam aku. Aku jarang senyum, susah nak gelak, aku lebih diam, tak banyak bercakap macam selalu. Asalnya aku memang tak dapat nak terima hakikat yang aku dah betul betul hilang arwah. Aku ambik masa lama nak terima semuanya, lama. Memanglah payah kalau orang yang pernah sayang kita, jaga kita, ambik berat pasal kita, protect kita, pergi kemana dia teman, makan bersuap and everything, hidup bersama selama bertahun tahun, susah senang sama sama, tiba tiba hilang macam tu je. Yea, memang takde, takde orang lain yang dapat buat macam apa yang arwah buat. Segala kebaikan dia terhadap aku, takde insan lain dapat tandingi melainkan ahli keluarga aku. Dan jika ada keburukkan arwah, semuanya dah terlindung dengan rasa sayang aku pada dia, dah tak nampak dah yang buruk kalaw hati memang terlalu sayang.
Alif farhan. Aku mohon maaf padanya kerana dengan kehadiran dia juga aku tak mampu nak hapuskan rasa sayang aku pada arwah. Sayang aku pada arwah terlalu tebal dan takkan pernah hilang sampai bila bila. Walaupun disaat saat akhir arwah, kami dah takde apa apa hubungan. Tapi aku yakin yang arwah masih tetap sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Aku yakin.
Awak, saya rindu awak sangat. Rindu nak makan dengan awak, jalan jalan naik motor dengan awak, pegi pasar malam dengan awak, shopping, mandi manda, pegi tepi pantai dengan awak, pimpin tangan awak, nak cakap on the phone dengan awak, gelak dengan awak, rindu nak tengok awak senyum, nak dengar awak nyanyi, rindu awak pakaikan rantai dekat leher saya, bergurau dengan awak, cucuk cucuk badan awak, tutup mata awak time awak tengah bawak motor, haih, jahat kan saya. Dan yang paling saya rindu, nak dengar awak cakap..... “saya terlampau sayangkan awak sayang” :’) saya rindu semuanya tentang awak Mohamad Rohimi, semuanya. Mungkin kita takkan bersatu di dunia ni, dan mungkin kita akan bersatu di atas sana nanti. Cinta yang tulus, suci dan kekal abadi. INSYAALLAH. Biarlah saya setia menjaga cinta kita, selamanya. :)
Al-Fatihah buat awak yang tercinta, tenanglah di atas sana.
Wednesday, August 3, 2011
hadiah.
semoga dia melihat aku dari atas sana.
semoga dia mendengar setiap apa yang aku ungkapkan setiap saat.
sementara dia masih disini di bulan yang paling mulia ini, hadiah aku utus buatnya tidak henti henti.
itu saja yang aku mampu beri di saat dan ketika ini.
aku terlalu rindukan dia.
semoga dia tenang di atas sana bersama orang orang yang beriman.
Amin.
semoga dia mendengar setiap apa yang aku ungkapkan setiap saat.
sementara dia masih disini di bulan yang paling mulia ini, hadiah aku utus buatnya tidak henti henti.
itu saja yang aku mampu beri di saat dan ketika ini.
aku terlalu rindukan dia.
semoga dia tenang di atas sana bersama orang orang yang beriman.
Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)
