masih terngiang ngiang di telinga setiap patah perkataan, setiap ungkapan, setiap kata kata yang aku dengar dan setiap butir message yang aku terima pada 25, 26 dan 27 julai yang lepas. Semuanya seperti baru semalam, masih segar segala galanya dalam ingatan. Dan sebetulnya aku masih lagi tak percaya dengan apa yang dah jadi. Semuanya macam mimpi, mainan tidur semata mata. Dulunya, kalau kami terpisah jika ada selisih faham, kami akan bersatu semula jika masalah dah selesai. Tapi bukan untuk kali ni. Kami terpisah dan tak akan bersatu semula buat selama lamanya di dunia. Yea, mungkin inilah takdirnya, dan aku harus akur dengan takdir Tuhan. Tak pernah aku sangka yang begini lah kisah aku dan dia berakhir, sampai disini saja jodoh aku dengan dia. Terkilan rasanya disaat saat terakhir dia masih sedar, aku tak ada disebelah dia, sehinggalah ke nafas terakhirnya walaupun aku dah sangat sangat dekat dengan dia waktu tu. Cukup terkilan aku, Tuhan saja yang tahu.
Sejak daripada arwah pergi, aku sendiri dapat rasa yang aku bukan lagi aku, apatah lagi orang disekeliling aku. Mesti semua sedar yang aku memang bukan macam aku. Aku jarang senyum, susah nak gelak, aku lebih diam, tak banyak bercakap macam selalu. Asalnya aku memang tak dapat nak terima hakikat yang aku dah betul betul hilang arwah. Aku ambik masa lama nak terima semuanya, lama. Memanglah payah kalau orang yang pernah sayang kita, jaga kita, ambik berat pasal kita, protect kita, pergi kemana dia teman, makan bersuap and everything, hidup bersama selama bertahun tahun, susah senang sama sama, tiba tiba hilang macam tu je. Yea, memang takde, takde orang lain yang dapat buat macam apa yang arwah buat. Segala kebaikan dia terhadap aku, takde insan lain dapat tandingi melainkan ahli keluarga aku. Dan jika ada keburukkan arwah, semuanya dah terlindung dengan rasa sayang aku pada dia, dah tak nampak dah yang buruk kalaw hati memang terlalu sayang.
Alif farhan. Aku mohon maaf padanya kerana dengan kehadiran dia juga aku tak mampu nak hapuskan rasa sayang aku pada arwah. Sayang aku pada arwah terlalu tebal dan takkan pernah hilang sampai bila bila. Walaupun disaat saat akhir arwah, kami dah takde apa apa hubungan. Tapi aku yakin yang arwah masih tetap sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Aku yakin.
Awak, saya rindu awak sangat. Rindu nak makan dengan awak, jalan jalan naik motor dengan awak, pegi pasar malam dengan awak, shopping, mandi manda, pegi tepi pantai dengan awak, pimpin tangan awak, nak cakap on the phone dengan awak, gelak dengan awak, rindu nak tengok awak senyum, nak dengar awak nyanyi, rindu awak pakaikan rantai dekat leher saya, bergurau dengan awak, cucuk cucuk badan awak, tutup mata awak time awak tengah bawak motor, haih, jahat kan saya. Dan yang paling saya rindu, nak dengar awak cakap..... “saya terlampau sayangkan awak sayang” :’) saya rindu semuanya tentang awak Mohamad Rohimi, semuanya. Mungkin kita takkan bersatu di dunia ni, dan mungkin kita akan bersatu di atas sana nanti. Cinta yang tulus, suci dan kekal abadi. INSYAALLAH. Biarlah saya setia menjaga cinta kita, selamanya. :)
Al-Fatihah buat awak yang tercinta, tenanglah di atas sana.

No comments:
Post a Comment