Wednesday, November 23, 2011

belajar terima hakikat.

Alhamdulillah. semakin hari hidup semakin tenang. sesungguhnya Tuhan itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Adil dan Maha Mengetahui. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang akan mendatang. makin hari aku rasa aku makin boleh terima dengan pemergian arwah yang dah hampir 5 bulan. belajar menerima hakikat. rindu yang membuak buak hanya mampu aku pendam dan leraikan bila aku tenung gambar gambar arwah. sungguh tenang sekali bila tengok wajah arwah senyum manis dalam foto, apatah lagi bila berdepan, lagi lah manis   :)
berjuta kali syukur aku kerana aku masih ada keluarga dan sahabat.

apa pun, aku sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan. segala pemberian-Nya dan apa yang telah di ambil daripada aku. sememangnya suatu perkara yang terjadi itu, pasti akan ada hikmah disebaliknya. INSYAALLAH   :)

Al-Fatihah buat insan yang paling aku cinta yang berada di atas sana disamping kekasih sebenarnya ALLAH S.W.T

Monday, November 14, 2011

cemburu sampai mati

AKU RINDU SANGAT2 KAT ARWAH(ALONG)..NPEW LAA AKU TAK DAPAT LUPAKAN DIA,,HENSET DIA PADA AKU , HADIAH BRITHDAY AKU YANG DY BAGI TAHUN LEPAS(GELANG),,ACAM ANEW PUN AKU KENA TERIMA SUME NY ,,
MOOD:RINDU@SEDIH


ayat-ayat ni status updated daripada yana. yana yang pernah berkawan dengan arwah Along dulu, mungkin jugak pernah couple. menangis lagi saya harini.
saya tak boleh terima dengan apa yang dia cakap ni. saya cemburu. cemburu tersangat, even awak dah takde. i don't know why, but for me, dia tak layak nak rindu awak. dia lah punca kita bergaduh, kita berpisah dulu. kalaw dia takde, kita mesti takkan berpisah dulu. henset awak pada dia. awak pernah hadiahkan dia gelang masa harijadi dia. siapa dia tu? saya ni orang yang paling setia dengan awak dulu sedangkan dia. dia selalu je keluar dengan lelaki lain, awak sendiri tahu dan awak jugak yang pernah cakap dengan saya, jangan berkawan dengan dia, jangan rapat dengan dia sebab perangai dia tak boleh dibuat kawan. tapi awak yang layan dia lebih daripada seorang kawan. kalawlah awak masih ada lagi sekarang. . . . .

bila saya terbaca je status yana ni, jantung saya terus bergoncang laju, sama macam waktu waktu dulu kalaw saya ada dapat berita yang mengecewakan pasal awak. yea, ini lah dia maknanya yang saya masih lagi setia pada awak. sayang pada awak yang takkan pernah hilang sampai bila bila. masih lagi kuat rasa cemburu walaupun awak dah takde lagi kat dunia ni. apa yang bezanya sekarang, bila saya dapat berita berita macam ni, saya tak tahu apa nak buat, saya tak mampu nak buat apa apa selain dari, menangis, menangis dan terus menangis. antara saya dengan yana, saya lebih rindukan awak, saya lebih sayangkan awak. dia tak layak nak rindukan awak dan dia tak layak dapat kasih sayang awak. saya tahu saya sendiri pun ada buruknya, tapi seburuk mana saya, saya tahu apa isi hati saya pada awak. saya lebih ikhlas.

malam tadi saya dapat mimpi lagi pasal awak. saya suap awak makan strawberry   :')   saya seronok sangat awak, seronok sangat. tapi bila baca je status ni harini, saya down balik.
awak dengar tak saya cakap kat bawah ni? awak nampak saya tak?
awak dah tahu kan sekarang apa yang saya pendamkan selama ni. moga moga awak dah tahu isi hati saya yang sebetulnya selama ni   :')

sentiasa tenang lah awak kat atas sana yea. saya sentiasa doakan awak   :)
Al-Fatihah.

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHA

6 november 2011. raya haji tahun ni jatuh pada tarikh tu, hari ahad.
tadi saya kerumah fatin, birthday dia dengan socai dia sambut malam malam raya. haihh pelikk. siap ada karaoke lagi. tapi dia buat kecik kecik je. just family and member member rapat. dah nak dekat habis majlis, dalam pukul 11 malam, saya menyanyi. hadiah untuk fatin dengan socai. tapi entah kenapa yea saya menangis dalam pertengahan nyanyi lagu tu. lagu tu saya nyanyi dengan niat khas buat fatin dengan socai. tapi saya teringat awak. lagu bertakhta di hati. saya nangis ingat awak. tiba tiba je semua tu tadi. mungkin sebab saya dah balik bp, dah makin dekat dengan awak kan. tempat kita, mana taknyaa saya rindu   :')
esok pagi saya pergi ziarah awak yea. saya datang tengok awak, awak jangan lupa datang jugak tengok saya yea. saya nak awak sedar dengan kedatangan saya, supaya awak tahu betapa rindunyaa saya pada awak.

SALAM AIDIL ADHA. semoga hari hari esok saya, akan jadi lebih baik dari hari hari yang sebelum ni. INSYAALLAH   :)

Friday, November 4, 2011

syukur :)

result final exam semester 5 saya harini dah keluar. nervous bila nak klik result dekat e-mail tadi. takut sangat if ada saya ter-tak lepas paper. tapi syukur Alhamdulillah, saya lulus semuanyaa macam semester semester yang lepas. even pointer cuma naik 0.02 tapi saya syukur sangat sebab takde paper yang saya kena ambik balik. saya harap awak nampak yang saya gembira dengan result saya harini. itu yang awak nak kan, awak nak tengok saya berjaya dengan apa yang saya buat. saya mesti tunjuk kat awak yang saya boleh berjaya dengan berjayanya satu hari nanti. untuk family saya, untuk saya, kerana Allah dan untuk permintaan terakhir awak jugak   :')

hari ke-seratus awak dah nak sampai. betul betul hari raya haji. hari tu nanti saya nak pergi ziarah awak, dah lama sangat saya tak pergi ziarah awak kat situ. rindu rasanya nak tengok awak walaupun yang saya tengok tu bukanlah awak depan mata saya. biar sekadar pusara awak, tapi saya tetap dapat rasa yang awak ada duduk sebelah saya setiap kali saya datang situ dan bacakan yassin untuk awak. takkan pernah sekali saya terlepas siram air untuk awak, letak bunga untuk awak. itu saja hadiah yang saya mampu bagi dekat awak sekarang ni. saya takkan pernah lupakan awak. walau happy mana saya, walau sibuk mana saya, walau dengan sape pun saya, walau jauh mana saya dari tempat kita, saya takkan pernah lupa awak. itu janji saya.

awak sangat cool. tapi bila awak senyum, semua perempuan boleh jatuh. sebab tu perempuan perempuan tu semua dulu sibuk nak ambik awak dari saya. dan awak pun melayan. saya menangis. tapi sekarang, awak tetap saya punya seorang   :')
tenanglah awak kat atas sana yea sayang. saya harap sangat awak dengar setiap apa yang saya cakap kat awak kat bawah ni. saya rindu awak sayang

Tuesday, November 1, 2011

pororo :D


pororo doll. saya nak sangat yang ni awak. kalaw dulu saya nak sangat patung CJ7 dari awak kan. tapi saya masih ingat lagi sebab sebab kenapa awak taknak belikan saya patung patung ni semua. hmm, alasan diterima taw   :')
I MISS YOU. rest in peace awak   :)

you. so far away

never been for anything. never chained but never free. i lied to heal the broken love. with all that it could. live the life so endlessly. saw beyond what others see. i tried to heal your broken heart. with all that i could. will you stay away forever? how do i live without the ones i love? time still turns the pages book, it's burnt. facing times always on my mind. i have so much to say but you're so far away.
means a war of futures hold. foolish lines of grown and old. and seems we're so invincible. the truth is so cold. a final song, a last request. a perfect chapter laid to rest. now and then i try to find. the place in my mind, where you can stay awake forever. sleep tight. i'm not on pray. the ones that we love are here with me. lay away. a place for me. cause as soon as i'm done. i'll be on my way, to live eternally.
i love you. you were ready. the pain strokes in dark spines. but i see you. and it lets me. your pain is gone on hands of time.
so far away.
 i need you to know.
and i need you to need you to know.