Wednesday, November 23, 2011

belajar terima hakikat.

Alhamdulillah. semakin hari hidup semakin tenang. sesungguhnya Tuhan itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Adil dan Maha Mengetahui. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang akan mendatang. makin hari aku rasa aku makin boleh terima dengan pemergian arwah yang dah hampir 5 bulan. belajar menerima hakikat. rindu yang membuak buak hanya mampu aku pendam dan leraikan bila aku tenung gambar gambar arwah. sungguh tenang sekali bila tengok wajah arwah senyum manis dalam foto, apatah lagi bila berdepan, lagi lah manis   :)
berjuta kali syukur aku kerana aku masih ada keluarga dan sahabat.

apa pun, aku sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan. segala pemberian-Nya dan apa yang telah di ambil daripada aku. sememangnya suatu perkara yang terjadi itu, pasti akan ada hikmah disebaliknya. INSYAALLAH   :)

Al-Fatihah buat insan yang paling aku cinta yang berada di atas sana disamping kekasih sebenarnya ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment