Friday, November 4, 2011

syukur :)

result final exam semester 5 saya harini dah keluar. nervous bila nak klik result dekat e-mail tadi. takut sangat if ada saya ter-tak lepas paper. tapi syukur Alhamdulillah, saya lulus semuanyaa macam semester semester yang lepas. even pointer cuma naik 0.02 tapi saya syukur sangat sebab takde paper yang saya kena ambik balik. saya harap awak nampak yang saya gembira dengan result saya harini. itu yang awak nak kan, awak nak tengok saya berjaya dengan apa yang saya buat. saya mesti tunjuk kat awak yang saya boleh berjaya dengan berjayanya satu hari nanti. untuk family saya, untuk saya, kerana Allah dan untuk permintaan terakhir awak jugak   :')

hari ke-seratus awak dah nak sampai. betul betul hari raya haji. hari tu nanti saya nak pergi ziarah awak, dah lama sangat saya tak pergi ziarah awak kat situ. rindu rasanya nak tengok awak walaupun yang saya tengok tu bukanlah awak depan mata saya. biar sekadar pusara awak, tapi saya tetap dapat rasa yang awak ada duduk sebelah saya setiap kali saya datang situ dan bacakan yassin untuk awak. takkan pernah sekali saya terlepas siram air untuk awak, letak bunga untuk awak. itu saja hadiah yang saya mampu bagi dekat awak sekarang ni. saya takkan pernah lupakan awak. walau happy mana saya, walau sibuk mana saya, walau dengan sape pun saya, walau jauh mana saya dari tempat kita, saya takkan pernah lupa awak. itu janji saya.

awak sangat cool. tapi bila awak senyum, semua perempuan boleh jatuh. sebab tu perempuan perempuan tu semua dulu sibuk nak ambik awak dari saya. dan awak pun melayan. saya menangis. tapi sekarang, awak tetap saya punya seorang   :')
tenanglah awak kat atas sana yea sayang. saya harap sangat awak dengar setiap apa yang saya cakap kat awak kat bawah ni. saya rindu awak sayang

No comments:

Post a Comment