Monday, October 17, 2011

terkenang.

semalam, saya pegi pasar taman. heeehh. dengan mak ayah, alip adik, ain, farid. da lama tak pegi situ awak. last saya pegi kan dengan awak. awak ingat?   :)   kita beli tahu bakar, potato spring, saya belikan awak satu bungkus tahu bakar, awak terus suka kan   :)   then sambil jalan lagi, kita minum air, saya pegang tangan awak. awak selalu usik saya, awak cakap saya rendah, awak makin tinggi. haihh, yeala sayang. awak memang makin tinggi, saya ni je yang tak tinggi tinggi kan. saya ingat satu benda yang kita tengah cerita sambil kita jalan tu. pasal rumah besar kan, awak ingat? awak kata nak beli rumah besar, tunggu kita kawin nanti lahh, then awak cakap kena carik duit banyak banyak bila nak beli rumah besar tu. saya senyum je dengar awak cakap macam tu, sebab masa tu saya mengaku yang saya dah tawar hati sikit dengan awak. tapi saya sayang sangat dekat awak, tu lah dia satu masalah yang buat saya confuse bila mulut kata tak, tapi hati kuat kata nak.
semalam pun saya beli benda yang sama, tahu bakar, potato spring. sedap sangat   :)
lepas jalan lagi, saya nampak tempat yang kita parking moto kat situ, saya senyum je   :)
jalan lagi, saya nampak gerai yang jual bear bear besar tu, saya ingat jugak time saya belek belek bear tu, awak kata apa tah masa tu. saya senyum lagi   :)
teringat satu masa kita pegi pasar taman, saya nampak awek cantik, comel. saya cakap gurau gurau dengan awak, " awak, ada awek, comel laa dia. awak nak? saya mintak kan number?" awak senyum je lepas tu awak cakap, "saya taknak. setakat cantik je nak buat apa? lagipun saya tak kenal dia, entah perempuan baik ke tidak. macam awak, saya dah kenal daripada mula mula, saya dah tawu awak macam mana, saya dah jaga. saya taknak orang lain dah, awak je"   saya senyum bahagia bila dengar jawapan tu yang keluar dari mulut awak   :')

semua tempat, mana mana je saya pegi, saya mesti ingat awak. muar, batu pahat, parit sulong, bukit pasir, bandar bp. mana lagi? semua, semuanya tempat tempat yang kita selalu pegi. mana je tempat yang kita selalu pegi, bila saya nampak, saya jadi sayu. sayu bila kenangkan semua tu dulu, indah sangat bila ada dengan awak waktu bahagia bahagia kita dulu. saya rindu sangat awak   :'/

sekarang saya dah start praktikal, dekat port dickson. saya dapat department sales & marketing, dalam office. relax je keje dia taw. tapi kadang kadang bosan pulak bila takde keje nak buat, duduk jela kat atas kerusi pusing pusing tu haa   :p
sabtu saya half day, ahad saya off. minggu first keje saya dah balik rumah, hee. yeala, saya ada exam MUET nak kena amik kat sekolah lama kita tu. esok, 17.10.2011 examnya. nak masuk sekolah tu, saya jadik nervous pulak. yeala, dalam sekolah tu lah mulanya semua pasal kita. lagi banyak kenangan kita kat dalam sekolah tu. tak payah di cerita, satu sekolah dah tahu pasal kita, baik budak budak, baik cikgu. heeehh, semuanya tawu pasal kita. mesti saya rindu saat saat kita sama sama kat sekolah tu esok bila saya roundddd satu sekolah tu nanti. yea, tempat kita mula pandang mata   :')   awak doakan supaya saya dapat buat exam tu dengan lancar yea esok   :)

saya rindu awak, sayang awak sampai bila bila. semoga awak tenang tenang saja kat atas sana   :')

No comments:

Post a Comment