sebaik saja kaki saya melangkah masuk dalam kawasan sekolah tu, perasaan saya terus berubah serta merta, jadi lain. saya jadi sebak, sayu bila mengenangkan kisah kita. terlalu banyak cerita kita dekat situ awak. mulanya kita pun daripada situ, berjumpanya kita setiap hari pun dekat situ, susah senang, suka duka, bahagia begaduhnya kita pun dekat situ jugak. maaf awak, saya tak dapat nak tahan lagi, saya menangis lagi tanpa saya sedar. saya rindukan awak, saya rindukan 'kita' dekat sekolah tu dulu.
waktu saya dah naik bangunan baru kat sekolah tu untuk MUET, saya masuk bilik kuarantin, saya duduk diam diam sorang sorang. diorang tengah berhimpun, saya dengar diorang baca surah yassin before diorang masuk kelas. lepas baca yassin, cikgu buat pengumuman sikit macam biasa. saya dengarkan je dari atas. sayu sangat bila teringat zaman zaman kita kat sekolah tiga tahun yang lepas. buat masa ni, diorang berhimpun dekat depan kelas kita taw awak. sebab dataran kat tempat perhimpunan tu tengah renovate. ohh yea, time saya kat dalam kelas tu tadi, cikgu Khaznee lalu kat luar, saya nak sangat keluar jumpa dia, peluk dia, tapi tak boleh sebab saya tengah kuarantin. saya rindu dia awak, mesti awak pun rindu dia kan. awak ingat tak dulu dia selalu nasihatkan kita, dia cakap jangan gaduh gaduh. haihh, dia je lah satu satunya cikgu yang amik berat pasal hubungan kita kan awak. saya sayang dia :)
Alhamdulillah speaking test tadi senang awak. lepas habis je, saya terus turun bawah. saya call mak suruh ambik. habis je langkah kaki saya dekat anak tangga yang terakhir, menitis airmata saya, saya tak dapat nak tahan lagi sebak kat dada saya ni. saya betul betul rindukan awak dan saya dekat sekolah tu. rindu sangat sangat ni awak. Tuhan saja yang tahu.
sementara tunggu mak sampai, saya pusing pusing. saya lalu ko'op, saya lalu bilik katering saya, yang awak selalu menjengah jengah kepala dekat tingkap bila time saya tengah masak tu. heeehhh, comel je awak datang tengok saya masak waktu rehat kan. then saya terus lalu bilik elektrik awak pulak, dah lain laa awak bilik tu, macam baru sikit. awak tawu, dekat bilik elektrik awak tu dulu, saya pernah mengendap awak. saya dengan aza. haisshh, kelakar taw. saya ponteng kelas semata mata sebab nak tengok awak macam mana kat dalam kelas sebab time tu awak rapat dengan shima, saya jeles, huhhh.
tapi sumpah, saya terlampau rindukan waktu waktu tu semua dulu. tapi saya tak mampu nak buat apa apa, awak dah takde dengan saya. awak dah takde lagi dekat dunia ni. saya tak boleh nak carik awak lagi. saya carik, tapi bila saya makin carik, saya makin tak nampak awak. awak jauh sangat dekat atas tu. awak, awak nampak tak saya dekat sini? awak dengar tak apa yang saya cakap setiap hari? kalaw awak dengar, saya nak cakap lagi yang saya sayang dan saya rindukan awak. saya sebut tu semua hari hari, saya harap sangat awak dengar.
luaran saya sekarang, memang orang nampak saya dah okay, happy, dah boleh teruskan hidup tanpa awak. tapi dalam hati saya, takde sape pun yang tawu. cuma saya dan Dia je yang tahu. dan mungkin jugak awak pun tahu tapi kalaw boleh saya taknak awak tengok saya sedih je camni selalu. mesti awak sedih kalaw tengok saya pun sedih kan. maaf awak, tapi saya sedih sebab saya terlampau rindukan awak, tu je. awak tahu kan tu?
awak, saya tak pernah putus doakan kesejahteraan awak kat sana. saya tak pernah berhenti hadiahkan awak Fatihah. saya tak kan berhenti buat semua tu, sebab tu semua tanda sayang dan kasih saya yang sebenar untuk awak. saya nak awak tahu yang sayalah perempuan yang paling sayangkan awak selepas mak awak kat dalam dunia ni. semoga awak sentiasa aman tenteram dan tenang kat atas sana disamping orang orang yang beriman. Amin :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment